Preview News Penting Buat EUR & USD: 26/08/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 26/08/2019

Indeks keyakinan perniagaan bulan Ogos hasil tinjauan Ifo yang menjadi badan pemikir pertama di Jerman akan dikeluarkan pada jam 4 petang. Bacaan

Indeks keyakinan perniagaan bulan Ogos hasil tinjauan Ifo yang menjadi badan pemikir pertama di Jerman akan dikeluarkan pada jam 4 petang.

Bacaan yang mengukur tahap keyakinan para peniaga Jerman untuk enam bulan kehadapan tersebut dijangka menunjukkan angka yang lebih rendah sekitar 95.1 mata, jatuh ke paras terendah tahunan yang baru.

Di AS pada jam 8.30 malam, pasaran akan mengemas kini data pesanan barangan tahan lama bagi bulan Julai.

Jumlah tempahan bagi produk tahan lama mewakili sebahagian besar pelaburan yang menjadi salah satu rujukan utama Fed.

Selain itu, data tersebut juga akan dimasukkan ke dalam perkiraan GDP yang akan datang.

Pada bulan Jun yang lalu, para pelabur dikejutkan dengan peningkatan 2% (MoM) pesanan yang mana melebihi ramalan penganalisis, manakala pesanan teras meningkat sekitar 1.2% (MoM).

Bacaan walau bagaimanapun dijangka merosot pada permulaan suku tahun ketiga, meningkat sekitar 1.1% sementara pesanan teras dijangka menaik sekitar 0.1%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: