Preview News Penting Buat EUR & USD: 27/09/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 27/09/2018

Indeks keyakinan pengguna Jerman melalui tinjauan GfK menunjukkan pengguna kurang optimis sejak beberapa bulan yang lalu dengan bacaan indeks jatuh ke

Indeks keyakinan pengguna Jerman melalui tinjauan GfK menunjukkan pengguna kurang optimis sejak beberapa bulan yang lalu dengan bacaan indeks jatuh ke paras 10.5 pada bulan Ogos.

Data bulan September yang akan dikeluarkan pada jam 2 petang dijangka menunjukkan peningkatan kecil ke paras 10.6 mata.

Pada jam 4 petang, pasaran akan mengemas kini maklumat (data-data ekonomi) yang digunakan oleh bank pusat untuk memutuskan dasar kewangan mereka dua minggu yang lalu.

Buliten yang diterbitkan oleh ECB ini akan memberi petunjuk yang lebih jelas mengenai perkara yang sedang difikirkan oleh bank pusat.

Kemudian pasaran akan mengikuti perkembangan inflasi di Jerman. Bacaan awal indeks harga pengguna (CPI) Jerman bagi bulan September dijangka kekal dengan peningkatan 0.1%.

Pada sesi NY, para pelabur akan mengikuti dua laporan penting pada jam 8.30 malam.

Pertama adalah bacaan akhir GDP suku tahun kedua AS. Melalui bacaan kedua yang lalu, perkembangan ekonomi pada suku tahun kedua adalah yang paling cepat dalam tempoh empat tahun.

Angka pada hari ini akan mengesahkan bacaan yang lalu dan kadar dijangka selari, naik 4.2% suku tahun ke suku tahun (QoQ).

Pada masa yang sama, pasaran akan meneliti data pesanan barangan tahan lama teras bagi bulan Ogos. Data ini merupakan indikator kepada pelaburan dan akan dimasukkan ke bacaan GDP.

Selepas menyusut -1.7% pada bulan Julai yang lepas, pesanan yang menjadi fokus Fed ini dijangka menaik 1.9% di bulan Ogos.

Pesanan Teras pada bulan Ogos pula dijangka meningkat daripada 0.1% kepada 0.4%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: