Preview News Penting Buat EUR & USD: 29/10/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 29/10/2018

Kesatuan Eropah akan mengeluarkan data unjuran ekonomi mereka yang terkini pada hari Isnin. Sementara pertumbuhan ekonomi dilihat berkembang pesat,

Kesatuan Eropah akan mengeluarkan data unjuran ekonomi mereka yang terkini pada hari Isnin.

Sementara pertumbuhan ekonomi dilihat berkembang pesat, tinjauan perniagaan pula menunjukkan sebaliknya.

Para pelabur akan mendapat lebih banyak butiran dan maklumat daripada laporan yang akan dikeluarkan.

Kemudian pada jam 8.30 malam, fokus pasaran beralih kepada bacaan indeks PCE Teras.

Data ini merupakan indikator yang menjadi ukuran inflasi utama oleh Fed dan berbeza berbanding metodologi CPI.

Bacaan CPI Teras pada bulan September lalu mengecewakan pasaran sementara PCE Teras pada bulan September juga dijangka kekal tepat pada sasaran 2 peratus bank pusat dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) untuk tiga bulan berturut-turut.

Manakala bacaan bulan ke bulan (MoM) yang sekata pada kadar 0.0% di bulan Ogos dijangka mencatat kenaikan 0.1% pada bulan September.

Menjelang laporan di atas, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain stabil berhampiran paras tertinggi 2 bulan lalu, naik 0.12% kepada 96.47 setakat jam 11.10 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: