Preview News Penting Buat EUR & USD: 30/01/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 30/01/2019

Di Perancis, bacaan awal GDP Q4 akan mula dikeluarkan pada jam 2.30 petang dengan jangkaan pertumbuhan meningkat 0.3%. Angka ini kemudiannya akan

Di Perancis, bacaan awal GDP Q4 akan mula dikeluarkan pada jam 2.30 petang dengan jangkaan pertumbuhan meningkat 0.3%.

Angka ini kemudiannya akan diserap ke dalam data keseluruhan blok Eropah pada hari Khamis yang diramalkan naik sekitar 0.2%

Kemudian, para pelabur akan mendapatkan data indeks iklim pengguna GfK Jerman dimana bacaan telah jatuh dua bulan berturut-turut ke paras terenda sejak May 2017.

Negatif trend ini dilihat berterusan sehingga masuk bulan Februari dengan bacaan indeks dijangka susut ke paras 10.3 mata.

Perbelanjaan pengguna Perancis menyusut -0.3% buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan pada bulan November dan angka dijangka kekal negatif pada bulan Disember di paras -0.2%

Jerman pula akan menerbitkan bacaan awal CPI bagi bulan Januari pada jam 9 malam. Angka inflasi telah jatuh lebih rendah berbanding jangkaan pada bulan lepas ke paras 0.1% dan penurunan mendadak -0.7% dijangka berlaku pada bulan Januari.

Di AS, sebelum keputusan Fed dikeluarkan, para pelabur akan mendapatkan laporan ADP NFP dnegan jangkaan 170,000 pekerjaan ditambah ke dalam ekonomi pada bulan Januari.

Sementara itu, bacaan awal GDP Q4 yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 pula dijangka memaparkan peningkatan yang lebih rendah berbanding Q3, naik sekitar 2.6%

Angka Jualan Rumah AS yang masih menunggu kelulusan pembayaran (Pending Home Sales) dijangka meningkat 1.1% pada bulan Disember.

Pada jam 3 pagi (Khamis) acara yang ditunggu-tunggu oleh pelabur pada minggu ini iaitu keputusan terkini dasar kewangan Federal Reserve.

Keputusan terakhir tahun 2018 menunjukkan Fed telah menurunkan unjuran rate hike mereka bagi tahun ini daripad tiga kepada dua kali.

Pengerusi Fed Jerome Powell juga mengatakan skim pengecilan penyata imbangan akan diteruskan secara ‘auto-pilot’.

Kenyataan Powell ini telah menghambat jatuh saham dan walaupun keputusan tersebut dilihat hawkish namun nada dan pendirian bank pusat semakin berubah menjelang keputusan kali ini.

Mereka mengakui berlakunya kelembapan dan menegaskan perlunya kesabaran dalam menaikkan kadar faedah. W

Walaupun tiada perubahan pada keputusan kadar faedah bagi bulan Januari, akan tetapi Fed dan Powell secara rasmi akan mengesahkan pendirian mereka yang baru dan mungkin akan menafikan rate hike pada bulan Mac hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: