Preview News Penting Buat EUR & USD: 30/07/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 30/07/2019

Ekonomi Perancis telah bergerak perlahan sejak dua suku tahun yang lalu, dan bacaan awal GDP Q2 yang akan dikeluarkan pada jam 1.30 petang dijangka t

Ekonomi Perancis telah bergerak perlahan sejak dua suku tahun yang lalu, dan bacaan awal GDP Q2 yang akan dikeluarkan pada jam 1.30 petang dijangka tidak melaporkan sebarang perubahan.

Kemudian, pada jam 2 petang, pasaran akan mengemas kini data keyakinan pengguna Jerman hasil tinjauan GfK bagi bulan Ogos.

Bacaan indeks yang semakin mengecil mengisyaratkan pesimis para pengguna terhadap perkembangan ekonomi pemilik GDP terbesar Zon Eropah dan indeks dijangka terus menurun daripada 9.8 kepada 9.7 mata pada bulan Ogos.

Pada jam 8 malam pula akan diterbitkan bacaan awal indeks inflasi CPI Jerman.

Angka CPI hanya berjaya melepasi paras 0.5% sekali sepanjang setahun yang lalu dan kekal di paras yang rendah sehingga bulan Julai dengan jangkaan peningkatan kecil sekitar 0.3%

Di AS, para pelabur akan meneliti aktiviti dan tahap keyakinan pengguna yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan ekonomi negara bermula jam 8.30 malam.

Pendapatan peribadi pada bulan Jun dijangka bergerak lebih perlahan daripada 0.5% kepada 0.3%, sementara perbelanjaan peribadi juga dijangka menunjukkan hal yang sama, susut daripada 0.4% kepada 0.3%

Conference Board (CB) pula akan mengeluarkan bacaan indeks bagi keyakinan pengguna bulan Julai pada jam 10 malam yang mana dijangka meningkat daripada 121.5 kepada 125.0 mata.

Pada waktu yang sama, pasaran akan mengemas kini kadar jualan rumah yang dibawah kontrak (Pending Home Sales) bagi bulan Jun yang mana dijangka meningkat 0.5%, lebih perlahan berbanding 1.1% pada bulan sebelumnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: