Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 07/09/2018

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 07/09/2018

Pengeluaran Industri Jerman telah jatuh pada bulan Jun yang lalu sebanyak -0.9%. Angka ini dijangka pulih pada bulan Julai dengan kadar kembali naik s

Pengeluaran Industri Jerman telah jatuh pada bulan Jun yang lalu sebanyak -0.9%. Angka ini dijangka pulih pada bulan Julai dengan kadar kembali naik sekitar 0.2%

Jerman terkenal sebagai sebuah negara sentiasa mempunyai lebihan perdagangan yang tinggi dan menjadi faktor kepada permintaan yang tinggi terhadap matawang euro.

Pada bulan Jun yang lalu, lebihan dagangan jatuh di bawah $20 billion kepada $19.3 billion EUR. Hasil perdagangan dijangka terus menurun pada bulan Julai dengan angka jumlah lebihan susut ke paras $19 billion EUR.

Data pekerjaan AS yang menjadi tumpuan utama pelabur minggu ini akan diterbitkan pada jam 8.30 malam dan laporan hari ini merupakan laporan terakhir sebelum mesyuarat Fed dijalankan pada akhir bulan September.

Data NFP pada bulan Julai yang lalu menunjukkan penambahan 157,000 pekerjaan, namun angka tersebut lebih rendah berbanding ramalan.

Walau bagaimanapun, kadar purata pendapatan perjam berjaya mengekalkan peningkatan yang baik, naik 0.3% (MoM) dan 2.7% (YoY).

Laporan NFP dijangka lebih baik pada bulan Ogos dengan penambahan sebanyak 191,000 pekerjaan manakala kadar pendapatan kekal stabil dengan peningkatan 0.3% (MoM).

Kadar pengangguran pada bulan Ogos pula diramalkan menyusut daripada 3.9% kepada 3.8%

Fokus pasaran tertumpu kepada pertumbuhan pendapatan, namun jika angka pekerjaan lemah, tumpuan akan beralih kepada butiran yang dapat menjelaskan perubahan terkini jumlah pekerjaan di dalam ekonomi.

Pada waktu yang sama, pasaran juga akan mengemas kini data pekerjaan di Kanada. Kanada melaporkan peningkatan 51,400 pekerjaan pada bulan Julai yang mana didorong oleh kenaikan jumlah pekerjaan sambilan, sementara pekerjaan tetap pula semakin menurun.

Pasaran menjangkakan peningkatan kecil pada bulan Ogos sebanyak 5,100 pekerjaan manakala kadar pengangguran pula sedikit meningkat daripada 5.8% kepada 5.9%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: