Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/05/2018

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/05/2018

Laporan Jualan Runcit Jerman bagi bulan April mengepalai barisan data utama yang akan dikeluarkan pada hari Rabu. Selepas jatuh -0.6% pada bulan Mac l

Laporan Jualan Runcit Jerman bagi bulan April mengepalai barisan data utama yang akan dikeluarkan pada hari Rabu. Selepas jatuh -0.6% pada bulan Mac lalu, kadar jualan dijangka pulih dengan lonjakan 0.7% pada bulan April

Kadar pengangguran Jerman dijangka kekal pada paras 5.3% namun memperlihatkan penurunan yang konsisten pada angka pengangguran dengan jangkaan bilangan mereka yang tidak bekerja jatuh -10,000 pada bulan Mei.

Jerman adalah pemilik ekonomi terbesar Eropah, oleh itu sebarang perubahan terhadap inflasi memberi kesan yang besar kepada zon eropah secara keseluruhannya.

Tekanan harga pengguna (CPI) yang berada di paras 0.0% pada bulan April lalu dijangka naik ke paras 0.3% pada bulan Mei.

Kemudian fokus pelabur akan beralih kepada data ADP NFP yang akan dikeluarkan pada jam 8.15 malam. Laporan ini menjadi indikator awal menjelang laporan rasmi NFP pada hari Jumaat dan penambahan kecil 190 ribu pekerjaan dijangka masuk ke dalam ekonomi.

Bacaan kedua KDNK Q1 pada jam 8.30 dilihat kekal pada kadar yang perlahan sekitar 2.3%. Penurunan pada suku tahun pertama adalah sesuatu yang biasa dan kadar pertumbuhan AS masih lebih tinggi berbanding zon Eropah dan UK.

Pada masa yang sama, keputusan kadar faedah Kanada turut menjadi perhatian. BoC dijangka kekalkan kadar faedah di paras 1.25%.

Bias bank pusat berdasarkan kenyataan lalu adalah lebih hawkish, namun sejak daripada keputusan bulan April, kebanyakkan data yang menjadi ukuran mereka meleset daripada ramalan.

Oleh itu, BoC dijangka akan lebih nuetral dalam mengeluarkan kenyataan dan menahan diri daripada memberi isyarat rate hike pada bulan Julai.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: