Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/08/2018

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/08/2018

Sektor pekerjaan Jerman dilihat semakin baik dengan kadar pengangguran mengekalkan penurunan yang sekata. Angka penganggur telah menurun 6,000 orang p

Sektor pekerjaan Jerman dilihat semakin baik dengan kadar pengangguran mengekalkan penurunan yang sekata. Angka penganggur telah menurun 6,000 orang pada bulan Julai yang lalu, dan dijangka melaporkan penyusutan sekitar 8,000 pada bulan Ogos.

Kadar pengangguran di Jerman pula dijangka kekal pada paras 5.2%

Pertumbuhan harga pengguna di Jerman turut menjadi tumpuan berikutan negara tersebut merupakan pemegang GDP terbesar ekonomi Eropah.

Bacaan awal indeks CPI Jerman bagi bulan Ogos yang akan dikeluarkan pada jam 8 malam dijangka naik sebanyak 0.1%, lebih rendah berbanding bacaan 0.3% pada bulan Julai yang lalu.

Pada jam 8.30 malam, fokus pelabur beralih kepada data yang menjadi rujukan utama Fed dalam mengukur inflasi iaitu indeks Harga PCE Teras.

Kadar tekanan harga dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) menurun daripada 2.0% kepada 1.9% pada bulan Jun yang lalu walaupun CPI Teras meningkat.

Kali ini peningkatan CPI Teras ke paras 2.4% dijangka akan menolak naik kadar indeks PCE Teras kembali ke paras 2.0% pada bulan Julai.

Kanada pula akan menerbitkan angka pertumbuhan GDP terkini yang dikeluarkan pada setiap bulan.

Namun begitu, data GDP Kanada bagi bulan Jun yang akan dikeluarkan pada hari ini turut menyimpulkan pertumbuhan bagi suku tahun kedua, menjadikan laporan kali ini lebih signifikan.

Dalam unjuran bulan ke bulan GDP naik 0.5% pada bulan Mei dan dilihat akan bergerak lebih perlahan pada bulan Jun dengan peningkatan 0.1%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: