Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 31/10/2018

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 31/10/2018

Pada sesi dagangan Eropah, tumpuan pasaran beralih kepada data jualan runcit di Jerman. Laporan yang diterbitkan pada jam 3 petang menunjukkan peng

Pada sesi dagangan Eropah, tumpuan pasaran beralih kepada data jualan runcit di Jerman.

Laporan yang diterbitkan pada jam 3 petang menunjukkan pengguna di Jerman tidak berbelanja seperti yang dijangka oleh ahili ekonomi beberapa bulan yang lalu.

Jumlah jualan telah jatuh -0.1% pada bulan Ogos, namun dijangka pulih pada bulan September dengan kadar naik 0.5%

Kemudian pada jam 6 petang, pasaran akan mengemas kini indeks inflasi pengguna CPI Zon Eropah.

Bacaan indeks CPI pada bulan September yang lalu kekal sekitar sasaran ECB, berdiri di paras 2.1% tahun ke tahun (YoY).

Namun begitu, CPI Teras masih lemah, hanya naik 0.9% (YoY) pada bulan lepas. Angka ini perlu bergerak lebih cepat untuk meyakinkan ECB bahawa inflasi benar-benar mampu bertahan sekitar 2 peratus.

Selain itu, ECB juga perlu mendapat pengesahan bahawa peningkatan inflasi tidak hanya disebabkan oleh lonjakan tahunan harga minyak.

Bacaan awal indeks CPI EU pada bulan Oktober dijangka kekal dengan peningkatan 2.1% (YoY) sementara CPI Teras pula naik 1.0%

Kadar pengangguran di Zon Eropah pula telah menurun dengan stabil sejak angka tersebut mencecah 12% pada tahun 2013 yang lalu.

Pada bulan September, kadar pengangguran diramalkan kekal di paras 8.1%

Di AS, para pelabur akan mendapatkan jumlah penambahan pekerjaan ke dalam sektor swasta bagi bulan ini.

Laporan ADP NFP menunjukkan penambahan 230,000 pekerjaan pada bulan September.

Walaupun tidak wujud ‘correlation’ antara data ADP dan data NFP yang rasmi, namun angka yang dikeluarkan tetap membentuk jangkaan kepada laporan NFP dan menggerakkan pasaran.

Pada bulan Oktober, jumlah pekerjaan dijangka naik sekitar 189,000.

Di Kanada, pasaran akan mengikut perkembangan pertumbuhan ekonomi di sana.

Data KDNK Kanada dikeluarkan secara bulanan. Ekonomi berkembang 0.2% pada bulan Julai yang lalu, permulaan bagi suku tahun ketiga.

Angka yang sama dijangka akan diterbitkan pada bulan Ogos dan ketidaktentuan NAFTA sepanjang musim panas mungkin akan menyebabkan kelembapan.

Kesan perjanjian baru yang dikenali sebagai USMC mungkin hanya dapat dilihat pada suku tahun keempat (Q4).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: