Minggu ini Jabatan Statistik Negara UK akan menerbitkan laporan bulanan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) UK bagi bulan Julai yang mana merupakan data
Minggu ini Jabatan Statistik Negara UK akan menerbitkan laporan bulanan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) UK bagi bulan Julai yang mana merupakan data ketiga sejak diperkenalkan tiga bulan yang lalu.
Laporan yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang juga merupakan data pertama bagi suku tahun ketiga yang mana tidak dibelakangi oleh angka suku tahunan yang lain.
Perkara yang menjadi perhatian pelabur adalah impak kebimbangan ‘no-deal’ Brexit terhadap aktiviti ekonomi. Selepas menunjukkan peningkatan kecil (0.1%) pada bulan Jun yang lalu, kadar pertumbuhan ekonomi UK dijangka meningkat 0.2% pada bulan Julai.
Bersama-sama laporan GDP, beberapa indikator lain turut dikeluarkan oleh Jabatan Statistik UK. Antara yang menjadi tumpuan adalah laporan output pembuatan bagi bulan Julai.
Peningkatan melebihi jangkaan sekitar 0.4% telah direkodkan pada bulan Jun yang lepas dan pengeluaran sektor ini dijangka terus meningkat pada bulan Julai sebanyak 0.2%. Pengeluaran Industri juga dijangka meningkat sekitar 0.2% pada bulan Julai.
Data imbangan perdagangan UK juga menjadi data yang akan dikemas kini oleh pelabur bersama-sama laporan GDP pada hari ini.
Defisit perdagangan UK pada bulan Jun yang lalu berada sekitar -£11.4 billion dan dijangka meningkat sebanyak -£11.7 billion pada bulan Julai.
COMMENTS