Preview News Penting Buat GBP: 22/05/2018

Preview News Penting Buat GBP: 22/05/2018

Fokus pelabur pada hari Selasa tertumpu kepada barisan ucapan ahli jawatankuasa MPC Bank Pusat England (BoE). Gabenor BoE, Mark Carney dijadualkan

Fokus pelabur pada hari Selasa tertumpu kepada barisan ucapan ahli jawatankuasa MPC Bank Pusat England (BoE).

Gabenor BoE, Mark Carney dijadualkan berucap pada jam 4.15 petang dan di dalam acara yang berbeza, ahli MPC Ramsden, Saunders dan Vlieghe turut akan memberi ulasan pada waktu yang sama.

Gerthan Vlieghe akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan dan beliau akan mengutarakan beberapa pandangan berkenaan ekonomi UK serta polisi kewangan di masa hadapan berdasarkan data-data terkini.

Kemudian pada jam 5 petang, Gabenor BoE Mark Carney dan ahli MPC yang lain akan membentangkan keterangan berkenaan laporan suku tahunan inflasi di dalam parlimen serta menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh wakil rakyat.

Para pelabur dijangka akan menunjukkan reaksi berdasarkan kenyataan yang akan dikeluarkan. Oleh itu, Carney dilihat akan lebih berhati-hati dalam memberi jawapan dan ulasan supaya dapat mengelak daripada memberi impak yang besar kepada pergerakan pasaran.

Tempahan industri UK melalui bacaan indeks CBI (The Confederation of British Industry) yang akan dikeluarkan pada jam 6 petang dilihat terus stabil dengan bacaan yang positif.

Bacaan bulan Mei dijangka naik lebih rendah berbanding bulan April daripada 4 kepada 2 mata. Angka yang positif walau bagaimanapun menunjukkan jumlah tempahan kekal meningkat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: