Preview News Penting Buat GBP, CAD & JPY: 23/01/2019

Preview News Penting Buat GBP, CAD & JPY: 23/01/2019

Keputusan dasar kewangan terkini Bank Pusat Jepun (BoJ) akan diumumkan pada sesi pasaran Asia hari Rabu. BoJ telah kekal dengan ransangan dasar se

Keputusan dasar kewangan terkini Bank Pusat Jepun (BoJ) akan diumumkan pada sesi pasaran Asia hari Rabu.

BoJ telah kekal dengan ransangan dasar sejak beberapa tahun yang lalu berikutan inflasi yang lemah.

Inflasi teras terus kekal jauh di bawah sasaran 2% walaupun dengan kadar faedah di paras negatif 0.1%. Bank pusat juga berjanji untuk memastikan hasil bon 10-tahun kekal menghampiri 0%.

Tiada perubahan dijangka akan diumumkan, namun Gabenor Kuroda mungkin akan menurunkan unjuran inflasi kesan daripada aktiviti ekonomi global yang semakin perlahan.

Perang perdagangan yang masih berlangsung serta tekanan daripada Brexit mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada sektor pembuatan di UK, namun data trend pesanan industri hasil tinjauan CBI pada November dan Disember menunjukkan perkembangan.

Walau bagaimanapun, perkembangan dijangka terus bergerak lebih perlahan dengan bacaan indikator jatuh pada bulan Januari daripada 8 kepada 5 mata.

Kemudian pada jam 11.30 malam, fokus pelabur beralih kepada data jualan runcit di Kanada bagi bulan November.

Jualan runcit merupakan indikator utama kepada perbelanjaan pengguna dan memberi kesan langsung kepada pergerakan pasaran.

Kanada telah melaporkan bacaan yang mendatar di paras 0.0% pada jualan bulan Oktober lalu, manakala jualan runcit pula naik 0.3%. Namun kedua-dua angka meleset berbanding ramalan.

Angka jualan runcit dijangka menyusut -0.6% pada bulan November sementara jualan runcit Teras jatuh -0.4%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: