Preview News Penting Buat GBP, EUR & USD: 03/05/2018

Preview News Penting Buat GBP, EUR & USD: 03/05/2018

Pasaran masih sibuk dengan barisan data-data penting yang akan dikeluarkan pada hari Khamis bermula dengan laporan indeks PMI Perkhidmatan UK oleh Mar

Pasaran masih sibuk dengan barisan data-data penting yang akan dikeluarkan pada hari Khamis bermula dengan laporan indeks PMI Perkhidmatan UK oleh Markit bagi bulan April.

Bacaan indeks ini dijangka meningkat lebih tinggi ke paras 53.5 daripada 51.7. Angka ini juga selari dengan laporan PMI Pembuatan yang dikeluarkan pada hari Rabu lepas di mana telah memberi sedikit kekuatan kepada pound daripada terus ditekan.

Kemudian, perhatian pelabur akan beralih kepada bacaan awal indeks harga pengguna (CPI) Zon Eropah untuk bulan April.

Indeks inflasi yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang tersebut dijangka kekal pada paras 1.3% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Sementara itu, bacaan CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga pula dilihat bergerak lebih perlahan pada bulan April, jatuh ke paras 0.9% (YoY) selepas kekal pada kadar 1.0% sejak bulan Januari lalu.

Angka di atas akan menyukarkan lagi perjalanan ECB untuk mula menormalisasikan dasar kewangan mereka dengan menamatkan program pembelian bon pada tahun ini, sekali gus memberi tekanan kepada sentimen euro.

Pada sesi dagangan AS pula, para pelabur akan meneliti data-data perdagangan serta perkembangan sektor perkhidmatan melalui bacaan indeks PMI ISM Perkhidmatan.

PMI ISM Perkhidmatan AS dilihat berkembang sedikit perlahan pada bulan April namun masih stabil dengan bacaan indeks berada di paras 58.1, lebih rendah berbanding bacaan 58.8 pada bulan Mac.

Seperti yang diketahui, sektor perkhidmatan mewakili sebahagian besar aktiviti ekonomi sesebuah negara terutamanya UK dan AS, oleh itu perubahan pada bacaan ini akan memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi dan kesan langsung kepada naik turun nilai matawang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: