Preview News Penting Buat GBP, EUR & USD: 11/09/2018

Preview News Penting Buat GBP, EUR & USD: 11/09/2018

Laporan pekerjaan UK akan diterbitkan pada jam 4.30 petang. Sektor pekerjaan mengukuh pada bulan Jun yang lalu dengan kadar pengangguran susut ke para

Laporan pekerjaan UK akan diterbitkan pada jam 4.30 petang. Sektor pekerjaan mengukuh pada bulan Jun yang lalu dengan kadar pengangguran susut ke paras 4% dan dijangka kekal pada kadar yang sama di bulan Julai.

Namun begitu, kadar pendapatan tidak bergerak selari dengan peningkatan inflasi, hanya naik sekitar 2.4% pada bulan Jun lebih rendah berbanding ramalan yang melihat peningkatan 2.5%. Bacaan bulan Julai dijangkakan menerbitkan angka yang sama.

Tuntutan insurans pengangguran (Claimant Count Change) pula naik 6,200 pada bulan Julai yang lepas, melebihi jangkaan pasaran. Bulan Ogos diramal memaparkan jumlah yang lebih tinggi sekitar 10,000 tuntutan.

Kemudian pada jam 5 petang, fokus pelabur beralih kepada tinjauan sentimen perniagaan ZEW di Jerman yang mempunyai pengaruh paling tinggi di dalam ekonomi negara-negara Eropah.

Hasil tinjauan bulan Ogos yang lalu menunjukkan bacaan indeks kekal di zon negatif sekitar -13.7 mata, namun angka tersebut lebih tinggi berbanding bacaan -24.7 pada bulan Julai yang lalu.

Indeks pada bulan September dijangka berada di paras -14.0 mata, namun optimis terhadap pertumbuhan ekonomi di Jerman yang semakin meningkat dijangka dapat menolak bacaan indeks lebih tinggi.

Di Amerika Syarikat pula, fokus pelabur pada hari ini juga tertumpu kepada perkembangan sektor pekerjaan.

Tinjauan JOLTS (Job Openings and Labor Turnover Survey) akan diterbitkan pada jam 10 malam. Ahli ekonomi menjangkakan jumlah perubahan pekerjaan pada bulan Julai menyusut daripada 6.662 juta kepada 6.646 juta.

Berdasarkan data terkini NFP menunjukkan pengukuhan sektor buruh AS, namun hal yang menjadi kebimbangan adalah peningkatan jumlah mereka yang sedang mencari pekerjaan akan menaikkan tekanan ke atas gaji yang menjadi punca kepada inflasi.

Bagi memastikan inflasi harga sentiasa di semak, rate hike dijangka akan diumumkan oleh Fed pada mesyuarat dasar 25 dan 26 September hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: