Preview News Penting Buat GBP, EUR & USD: 23/05/2018

Preview News Penting Buat GBP, EUR & USD: 23/05/2018

Bacaan awal indeks PMI negara Eropah akan mendahului laporan utama pada hari Rabu. Perancis akan mula mengeluarkan laporan PMI bagi kedua-dua sektor,

Bacaan awal indeks PMI negara Eropah akan mendahului laporan utama pada hari Rabu. Perancis akan mula mengeluarkan laporan PMI bagi kedua-dua sektor, pembuatan dan perkhidmatan bulan Mei pada jam 3 petang.

Jerman pula akan mengeluarkan bacaan indeks pada jam 3.30 petang. Manakala, Zon Eropah akan mengakhiri laporan Purchasing Manager Index (PMI) pada jam 4 petang.

Kesemua bacaan indeks bagi kedua-dua di negara Eropah dilihat terus berkembang dengan baik dengan bacaan kekal di paras yang hampir sama dengan bulan sebelumnya.

Inflasi UK mula bergerak lebih perlahan pada bulan Mac menjadikan bacaan CPI tahun ke tahun (YoY) susut ke paras 2.5%.

Bacaan tersebut dijangka kekal pada bulan April, namun dalam unjuran bulan ke bulan (MoM), kadar dilihat meningkat daripada 0.1% kepada 0.5%.

Input PPI UK bagi bulan April yang menjadi indikator utama kepada inflasi harga pengguna juga dilihat akan meningkat ke paras positif 1.0% selepas merekodkan penurunan -0.1% pada bulan Mac.

Kejatuhan paras inflasi telah mengurangkan jangkaan rate hike BoE pada tahun ini dan sekiranya inflasi terus meleset, sterling dijangka akan terus ditekan.

Pada sesi dagangan NY, para pelabur akan meneliti tiga laporan penting iaitu bacaan awal PMI perkhidmatan dan pembuatan AS bagi bulan Mei, laporan jualan rumah baru bagi bulan April serta laporan minit mesyuarat FOMC.

Kedua-dua sektor penting ini dilihat terus berkembang dengan pesat dengan bacaan indeks pada bulan Mei meningkat lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

Jualan rumah baru AS pula dijangka menurun -2.0% pada bulan April menjadikan jumlah jualan susut berbanding bulan sebelumnya kepada 680,000 unit.

Pada jam 2 pagi (Khamis), pelabur akan meneliti laporan minit mesyuarat FOMC terkini selepas beberapa siri kenyataan ahli FOMC dilihat telah menguatkan spekulasi bahawa Fed akan bertindak lebih agresif untuk menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: