Preview News Penting Buat GBP & JPY: 20/12/2018

Preview News Penting Buat GBP & JPY: 20/12/2018

Berlalunya keputusan terakhir FOMC bagi tahun 2018, fokus pelabur pada hari Khamis beralih kepada keputusan dasar kewangan Bank Pusat Jepun (BoJ).

Berlalunya keputusan terakhir FOMC bagi tahun 2018, fokus pelabur pada hari Khamis beralih kepada keputusan dasar kewangan Bank Pusat Jepun (BoJ).

BoJ merupakan satu-satunya bank pusat paling dovish di dunia dan status ini dilihat tidak akan berubah untuk satu tempoh yang lama.

Inflasi kekal rendah dan tiada alasan untuk BoJ mengubah pendirian mereka. Unjuran kadar faedah dijangka kekal pada paras -0.10%.

Sidang media yang akan disampaikan oleh Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda pada jam 2.30 menjadi tumpuan utama bagi mendapatkan ulasan lanjut daripada keputusan yang dibuat.

Hari Khamis juga akan menyaksikan pengumuman polisi kewangan terkini oleh Bank Pusat England (BoE) pada jam 8 malam.

Sebelum keputusan diumumkan, para pelabur akan mendapatkan data terkini jualan runcit UK bagi bulan November pada jam 5.30 petang.

Bacaan jualan runcit dalam unjuran bulan ke bulan dijangka positif, naik 0.3% sementara jualan Teras yang mengecualikan hasil makanan dan tenaga pula naik sekitar 0.2%

Melihat kepada perkembangan polisi bank pusat, BoE tersekat di antara ekonomi yang kukuh dan potensi berlakunya ‘hard’ Brexit.

Pendapatan melonjak melebihi jangkaan dan dalam keadaan nilai pound yang rendah berpotensi menolak inflasi naik lebih tinggi.

Namun begitu, ketidaktentuan Brexit dimana jika berakhir dengan UK keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian akan meningkatkan kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi.

Gabenor Mark Carney dan ahli MPC yang lain dijangka mengekalkan kadar faedah serta jumlah pembelian bon (435 billion pound) di paras yang sama.

Sebarang kejutan daripada jumlah undian dan ulasan daripada minit mesyuarat akan memberi impak kepada pergerakan pound. Jika tiada perubahan, isu Brexit akan kekal menjadi pemandu utama kepada GBP.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: