Preview News Penting Buat GBP & USD: 01/11/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 01/11/2018

Menjelang keputusan dasar kewangan BoE pada hari ini, pasaran akan mula mengemas kini data PMI pertama daripada Markit daripada sektor pembuatan UK pa

Menjelang keputusan dasar kewangan BoE pada hari ini, pasaran akan mula mengemas kini data PMI pertama daripada Markit daripada sektor pembuatan UK pada jam 5.30 petang.

Sektor pembuatan UK telah berkembang melebihi jangkaan pada bulan September yang lalu, merekodkan peningkatan sekitar ke paras 53.8.

Penurunan kecil ke paras 53 mata dijangka berlaku pada bacaan bulan Oktober, namun angka di atas 50 menunjukkan sektor ini masih berkembang dengan stabil.

Kemudian pada jam 8 malam, fokus beralih kepada “Super Thursday” BoE dimana akan diumukan keputusan kadar faedah terkini, minit mesyuarat, laporan Inflasi Suku Tahunan (QIR) dan sidang media Gabenor BoE Mark Carney.

BoE dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% yang telah dinaikkan pada bulan Ogos yang lepas dan program QE (Quantitative Easing) berjumlah 435 billion pounds.

Kesemua ahli MPC telah mengundi untuk kekalkan dasar pada pertemuan yang lalu dan corak undian yang sama dijangka berulang pada mesyuarat hari ini.

Sebarang perubahan daripada corak undian ataupun unjuran ekonomi akan mendapat reaksi yang cepat daripada pasaran kewangan.

Laporan QIR pula akan memasukkan unjuran inflasi dan pertumbuhan. Berlatar belakangkan ketidaktentuan rundingan Brexit, jangkaan ataupun unjuran boleh bergerak ke mana-mana arah.

Data terkini bercampur apabila menunjukkan inflasi bergerak perlahan ke paras 2.4% sementara kadar pendapatan pula meningkat 2.7% (YoY). Jualan runcit pula susut melebihi jangkaan.

Gabenor Carney dijangka akan dihujani pelabagai soalan mengenai Brexit, namun beliau berkemungkinan akan mengelak daripada mengulas isu-isu berunsur politik.

BoE merancang untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur, maximum sebanyak 2 kali rate hike pada 2019 dan keputusan ini dibuat berdasarkan senario peralihan Brexit yang tenang.

Namun jika berlakunya ‘hard’ Brexit, hal ini berpotensi menukar pendirian BoE kepada ‘rate cut’.

Pada jam 10 malam, perkembangan terkini sektor pembuatan AS bagi bulan Oktober akan diteliti.

Sektor pembuatan dijangka terus memaparkan perkembangan yang stabil dengan bacaan indeks PMI bulan Oktober naik ke 59 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: