Preview News Penting Buat GBP & USD: 03/01/2019

Preview News Penting Buat GBP & USD: 03/01/2019

Pada hari Khamis, bermula jam 5.30 petang para pelabur akan mendapatkan data Purchasing Manager Indeks bagi sektor pembinaan UK pada bulan Disember.

Pada hari Khamis, bermula jam 5.30 petang para pelabur akan mendapatkan data Purchasing Manager Indeks bagi sektor pembinaan UK pada bulan Disember.

Indikator ini telah bergerak tinggi dua bulan berturut-turut, namun pasaran terpaksa berhadapan dengan kelembapan aktiviti pada bulan Disember dengan bacaan indeks dijangka menurun ke paras 52.9 mata.

Pada jam 9.15 malam, fokus pasaran beralih kepada data ADP NFP bagi bulan Dismber yang mana mengeluarkan laporan pekerjaan bagi sektor swasta.

Menurut laporan bulan November yang lalu, AS telah menambah 179.000 pekerja swasta ke dalam ekonomi dan pada bulan terakhir tahun 2018, angka yang hampir sama dijangka akan diterbitkan sekitar 180,000 pekerjaan.

Kemudian, para pelabur akan meneliti angka mingguan tuntutan insurans pengangguran yang mana dijangka meningkat kepada 220,000 permohonan pada minggu lalu.

Beberapa jam selepas laporan ADP dikeluarkan, pada jam 11 malam akan dikeluarkan satu data lain yang akan memberi petunjuk kepada laporan NFP esok.

Bacaan indeks PMI ISM bagi sektor pembuatan AS telah melonjak ke paras 59.3 mata pada bulan November lalu dan dijangka sedikit menurun pada bulan Disember kepada 57.7 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: