Preview News Penting Buat GBP & USD: 10/05/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 10/05/2018

AS telah menarik diri daripada perjanjian nuklear antarabangsa yang ditandatangani oleh Majlis Keselamatan PBB dengan Iran pada tahun 2015 yang telah

AS telah menarik diri daripada perjanjian nuklear antarabangsa yang ditandatangani oleh Majlis Keselamatan PBB dengan Iran pada tahun 2015 yang telah memberi kebenaran kepada AS untuk membuat tinjuan terhadap program nuklear Iran disamping mengurangkan sekatan ekonomi ke atas negara tersebut.

Tindakan AS tersebut telah menyebabkan sedikit perubahan terhadap sentimen pelabur ke atas aset-aset berisiko. Keadaan risk-on yang turut didorong oleh peningkatan harga minyak telah menyebabkan lonjakan saham-saham Amerika Syarikat.

Pasaran akan memerhatikan data inflasi harga pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam dengan jangkaan bacaan kekal pada paras 0.2%, manakala CPI Teras bulan April dalam unjuran tahun ke tahun dilihat meningkat daripada 2.1% kepada 2.2%

Kelemahan pada tekanan inflasi harga pengeluar melalui bacaan indeks PPI semalam telah memberi sedikit tekanan terhadap ramalan yang melihat peningkat pada bacaan CPI hari ini.

Data tuntutan insurans pengangguran turut akan diteliti dengan jangkaan jumlah tuntutan meningkat kepada 219,000.

Kemaraan USD telah disekat oleh pengukuhan matawang CAD sehingga menyebabkan indeks USD terus bergerak mendatar pada hari Rabu lalu.

Pergerakan GBP/USD pada hari ini dilihat akan memainkan peranan dalam menentukan arah tuju dollar berikutan ahli MPC Bank Pusat England (BoE) akan mengundi serta mengumumkan kadar faedah terkini pada jam 7 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: