Preview News Penting Buat GBP & USD: 10/10/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 10/10/2018

Pada hari Rabu akan diterbitkan laporan bulanan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) UK bagi bulan Ogos pada jam 4.30 petang, yang mana akan memberi lebi

Pada hari Rabu akan diterbitkan laporan bulanan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) UK bagi bulan Ogos pada jam 4.30 petang, yang mana akan memberi lebih banyak maklumat berkenaan pertumbuhan suku tahun ketiga (Q3).

Ekonomi UK telah berkembang 0.3% pada Julai iaitu bulan pertama bagi Q3 dan pertumbuhan pada bulan Ogos dijangka bergerak lebih perlahan pada kadar 0.1%

Sebarang bentuk penurunan dilihat akibat daripada kesan kebimbangan pasaran terhadap ketidaktentuan rundingan Brexit.

Pada waktu yang sama, UK turut menerbitkan laporan Output Pembuatan dan juga imbangan perdangan bagi bulan Ogos.

Kemudian pada jam 10.30 malam, fokus pasaran beralih kepada perkembangan inflasi jualan borong di Amerika Syarikat.

Bacaan indeks harga di peringkat pengeluar (PPI) pada bulan Ogos yang lalu telah mengecewakan pasaran dengan angka PPI dan PPI Teras jatuh -0.1%, lebih rendah daripada ramalan yang melihat peningkatan 0.2%

Kini dengan peningkatan hasil bon yang telah menjadi batu penghalang utama kepada pasaran saham, sebarang angka inflasi yang dapat membuat Fed untuk lebih hawkish akan diteliti.

Ahli ekonomi menjangkakan PPI meningkat 0.2% (MoM) pada bulan September, dan 2.8% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

PPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga juga diramalkan naik 0.2% (MoM) pada bulan September dengan peningkatan 2.5% (YoY) dalam tempoh 12 bulan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: