Preview News Penting Buat GBP & USD: 19/06/2019

Preview News Penting Buat GBP & USD: 19/06/2019

Indeks CPI UK yang menjadi indikator utama kepada perbelanjaan pengguna telah meningkat ke paras 2.1% pada bulan April yang lalu, pertama kali melepa

Indeks CPI UK yang menjadi indikator utama kepada perbelanjaan pengguna telah meningkat ke paras 2.1% pada bulan April yang lalu, pertama kali melepasi sasaran 2.0% dalam tempoh empat bulan.

Dan angka inflasi bagi bulan Mei yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang dijangka mengekalkan momentum yang sama dengan bacaan sekitar 2.0%

Hasil tinjauan CBI menunjukkan trend pesanan sektor pembuatan UK pada bulan Mei merekodkan penyusutan terburuk sejak Oktober 2016 dengan bacaan -10.

Dan berdasarkan kaji selidik daripada 550 syarikat pembuatan, trend negatif tersebut dijangka berterusan memasuki bulan Jun dengan bacaan susut kepada -11.

Federal Reserve akan menyimpulkan pertemuan dua hari mereka pada jam 2 pagi (Khamis) dengan jangkaan kadar faedah dikekalkan, namun akan bersiap sedia untuk mengumumkan rate cut seawal bulan Julai hadapan.

Berdasarkan tinjauan CME Group, jangkaan pasaran bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah pada bulan ini mencapai 80%, sementara rate cut pada bulan Julai telah mencecah 85%.

Seruan untuk menurunkan kadar faedah semakin rancak selepas sasaran inflasi 2% Fed terbukti sukar untk diperjelaskan.

Selain daripada isu tekanan inflasi yang mendatar, ketegangan hubungan perdagangan antara AS-China yang mengakibatkan kemunduran pertumbuhan ekonomi global juga memaksa bank-bank pusat untuk mula memperkenalkan dasar yang lebih longgar.

Pengerusi Fed pula akan mengulas lebih lanjut pada sidang media 30 minit selepas keputusan diumumkan.

Ahli FOMC dan Powell jelas mengisyaratkan kesediaan bank pusat untuk bertindak mengikut keadaan semasa yang mana cenderung ke arah penurunan kadar faedah dan dasar yang lebih longgar bagi mengembalikan keyakinan dan menutup tekanan akibat penambahan tarif.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: