Preview News Penting Buat GBP & USD: 27/06/2018

Preview News Penting Buat GBP & USD: 27/06/2018

Beberapa laporan utama yang akan dikeluarkan pada hari Rabu dilihat mampu mengalihkan perhatian pelabur kepada isu-isu domestik berikutan permintaan k

Beberapa laporan utama yang akan dikeluarkan pada hari Rabu dilihat mampu mengalihkan perhatian pelabur kepada isu-isu domestik berikutan permintaan kepada aset berisiko telah menaikkan semula pasaran saham.

Pada jam 2 petang, UK akan mengeluarkan bacaan indeks harga rumah (HPI) seluruh negara bagi bulan Jun dengan jangkaan kadar meningkat kepada 0.3% dalam unjuran bulan ke bulan.

Walau bagaimanapun, unjuran tahun ke tahun (YoY) dijangka susut daripada 2.4% kepada 1.7%

Laporan kewangan BoE dan ulasan Mark Carney turut menjadi tumpuan pelabur pada hari ini bagi mencari petunjuk baru terhadap dasar BOE di masa hadapan.

Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan data tempahan barangan tahan lama bagi bulan Mei pada jam 8.30 malam. Ramalan menunjukkan tempahan meningkat lebih rendah berbanding bulan sebelumnya, daripada 0.9% kepada 0.5%.

Sementara itu, bacaan awal tempahan barangan non-defense tidak termasuk pesawat yang menjadi proksi kepada pelan perbelanjaan juga dijangka menunjukkan peningkatan kecil sekitar 0.3%

Menerusi laporan imbangan perdagangan AS bagi bulan Mei pula, defisit dilihat akan mengembang lebih besar kepada -$68.90 billion.

Pertumbuhan Jualan Rumah yang sedang menunggu kelulusan (Pending Home Sales) pada bulan Mei diramalkan naik 1.1% selepas jatuh -1.3% pada bulan sebelumnya.

Data-data diatas akan diteliti bagi melihat kekuatan semasa ekonomi AS dan sebarang perkembangan mengenai perdagangan juga turut akan mendapat perhatian yang khusus.

Dollar mengukuh pada hari Selasa lalu, didorong oleh kejatuhan euro dan matawang safe haven, yen dan swiss franc.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: