Preview News Penting Buat GBP, USD & CAD: 10/07/2019

Preview News Penting Buat GBP, USD & CAD: 10/07/2019

Ekonomi UK telah berkembang pada kadar yang lebih cepat pada bulan Mac, didorong oleh penyimpanan yang berlaku menjelang tarikh Brexit yang asal pada

Ekonomi UK telah berkembang pada kadar yang lebih cepat pada bulan Mac, didorong oleh penyimpanan yang berlaku menjelang tarikh Brexit yang asal pada 29 Mac yang lalu.

Namun begitu, ekonomi mula mengucup sebanyak -0.4% pada bulan berikutannya dan dijangka pulih pada bulan Mei dengan peningkatan sekitar 0.3%

Jika Jabatan Statistik Negara UK mengeluarkan bacaan yang lebih rendah menerusi laporan pada jam 4.30 petang, pound berkemungkinan akan jatuh atas kebimbangan terhadap potensi kemelesetan.

Pada waktu yang sama, pasaran akan mengemas kini indikator utama kepada ekonomi iaitu pengeluaran Industri dan Pembuatan UK bagi bulan Mei.

Output bagi kedua-dua sektor dijangka pulih daripada kejatuhan bulan April yang lalu, naik 1.6% bagi industri dan 2.2% bagi pembuatan.

Di AS, pasaran akan meneliti keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell ketika membentangkan Laporan Dasar Kewangan Pertengahan Tahun di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Kongres pada jam 10 malam.

Fed telah mengisyaratkan pelonggaran dasar, namun para pelabur memerlukan lebih banyak perincian maklumat tentang jumlah rate cut yang diperlukan dalam kitaran tersebut.

Pada jam yang sama, Bank Pusat Kanada (BoC) akan mengumumkan keputusan kadar faedah mereka yang terkini pada jam 10 malam.

Dilema yang dihadapi oleh BoC ketika ini adalah ekonomi domestik berkembang baik dengan peningkatan pekerjaan, pendapatan dan inflasi, namun jangkaan rate cut Fed menghalang BoC daripada menaikkan kadar faedah dalam tempoh masa yang terdekat.

Kemudian pada jam 2 pagi (Khamis), selepas Powell menamatkan sesi perbicaraannya yang pertama, para pelabur akan mendapatkan laporan minit mesyuarat FOMC bulan Jun yang lalu.

Fed sebelum ini telah membuka pintu untuk mula menurunkan kadar faedah, dan minit yang akan dikeluarkan akan menjelaskan sejauh mana kesan inflasi, pertumbuhan, perdagangan, pekerjaan dalam membentuk keputusan bank pusat yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: