Preview News Penting Buat GBP, USD & CAD: 18/01/2019

Preview News Penting Buat GBP, USD & CAD: 18/01/2019

Data jualan runcit UK yang merupakan indikator kepada perbelanjaan pengguna menjadi antara laporan utama yang dikeluarkan pada hari ini. Selepas n

Data jualan runcit UK yang merupakan indikator kepada perbelanjaan pengguna menjadi antara laporan utama yang dikeluarkan pada hari ini.

Selepas naik 1.4% pada bulan November, pasaran bakal berhadapan dengan penurunan sebanyak -0.8% pada bulan Disember.

Manakala, jualan runcit Teras yang mengecualikan jualan automotif dan petrol juga dijangka menyusut pada bulan Disember daripada 1.2% kepada -0.6%

Kemudian pada jam 9.30 malam, fokus pelabur beralih kepada indikator penting bagi inflasi di Kanada iaitu data CPI.

Inflasi pengguna dalam keadaan lemah selepas CPI menunjukkan penurunan tiga daripada empat pulan yang lepas.

CPI di bulan Disember dijangka selari dengan bacaan bulan November lalu, kekal di paras negatif sekitar -0.4%

Di AS, Presiden Fed New York John William yang dikenali sebagai orang ketiga paling berpengaruh di bank pusat dijadualkan berucap pada jam 10.05 malam.

Menerusi beberapa kenyataan yang lama, William dilihat optimis dengan ekonomi namun sehingga hari ini masih belum mempunyai peluang untuk menyuarakan pandangan beliau yang baru.

Oleh itu, ucapan beliau di New Jersey akan menjadi perhatian dan jika pendirian beliau berubah dovish, hal ini akan memberi kesan langsung kepada pergerakan dollar.

Hari Jumaat juga akan dikeluarkan bacaan awal sentimen pengguna hasil tinjauan Universiti Michigan.

Pada bulan Disember lalu, indeks sentimen akhir telah naik mencecah 98.3 mata, menunjukkan optimis dikalangan pengguna.

Bacaan awal bagi bulan Januari yang akan diterbitkan pada jam 11 malam dijangka susut kepada 97.0 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: