Preview News Penting Buat GBP, USD & CAD: 22/08/2018

Preview News Penting Buat GBP, USD & CAD: 22/08/2018

Gabenor Bank Pusat England (BoE) dan beberapa ahli MPC yang lain akan memberi keterangan berkenaan outlook ekonomi dan inflasi UK di hadapan jawatanku

Gabenor Bank Pusat England (BoE) dan beberapa ahli MPC yang lain akan memberi keterangan berkenaan outlook ekonomi dan inflasi UK di hadapan jawatankuasa perbendaharaan di dalam persidangan parlimen hari ini.

Inflasi pengguna dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) masih bergerak stabil di atas sasaran 2% bank pusat, namun pasaran akan meneliti pandangan mereka tentang kesan penurunan pertumbuhan pendapatan terhadap tekanan harga di masa hadapan.

Kemudian pada jam 10 malam, fokus pelabur tertumpu kepada data jualan rumah second hand (existing home sales). Angka jualan rumah sedia ada merupakan penyumbang terbesar dalam pertumbuhan sektor perumahan AS.

Selepsa menyusut -0.6% pada bulan Jun, kadar jualan dijangka naik sebanyak 0.6% di bulan Jun. Peningkatan ini menjadikan jumlah jualan rumah pada bulan Julai dijangka meningkat daripada 5.38 juta unit kepada 5.44 juta unit.

Minit mesyuarat FOMC pula akan dikeluarkan pada jam 2 pagi (Khamis). Fed telah mengekalkan kadar faedah pada pertemuan yang lalu tetapi masih kekal optimis dengan ekonomi, membuka peluang untuk rate hike diumumkan pada bulan September.

Pada minit yang lalu, FOMC telah meluahkan kebimbangan mereka terhadap isu perdagangan antarabangsa. Pada laporan kali ini, pasaran akan meneliti jika terdapat sebarang kenyataan yang menunjukkan Fed akan berundur daripada nada hawkish mereka.

Selain itu, komen berkenaan inflasi dan pertumbuhan GDP yang kukuh juga akan diperhatikan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: