Preview News Penting Buat NZD & USD: 26/09/2018

Preview News Penting Buat NZD & USD: 26/09/2018

1) Jualan Rumah Baru AS Laporan Jualan Rumah Baru AS bagi bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 10 malam merupakan data terakhir sebelum pasara

1) Jualan Rumah Baru AS

Laporan Jualan Rumah Baru AS bagi bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 10 malam merupakan data terakhir sebelum pasaran menerima keputusan dasar Fed yang dinanti-nantikan pada minggu ini.

Jualan rumah baru dijangka meningkat daripada 627,000 kepada 630,000 unit dengan kadar naik sekitar 0.5%

2) Keputusan Kadar Faedah Fed

Kemudian pada jam 2.00 pagi (Khamis) Fed akan mengumumkan kadar faedah yang baru dan diterbitkan bersama kenyataan dan unjuran ekonomi FOMC.

Price-in pasaran terhadap jangkaan Fed mengumumkan pengetatan kali ketiga dengan kadar faedah dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada tahun ini telah mencecah 100%.

Para pelabur akan meneliti perubahan daripada dot-plot bagi melihat apakah rate hike akan terus dilaksanakan pada bulan Disember atau hanya akan diumumkan semula pada tahun hadapan.

Jika keperluan kepada ransangan dimansuhkan dalam kenyataan hari ini, Fed bebas untuk terus menaikkan kadar faedah sehingga mencapai paras yang neutral.

Sidang media FOMC akan diterbitkan pada jam 2.30 pagi dan pandangan Powell terhadap keputusan dasar kewangan dan isu-isu berkaitan politik menjadi tumpuan.

3) Keputusan Kadar Faedah RBNZ

Pada jam 5 pagi (Khamis), tumpuan beralih kepada perkembangan bank pusat New Zealand.

Menerusi kenyataan terdahulu, RBNZ dilihat telah bertukar ke arah yang lebih dovish, membuka peluang kepada pemotongan kadar faedah.

Walau bagaimanapaun, buat masa Adrian Orr dan ahli RBNZ yang lain dijangka tidak akan melakukan sebarang perubahan pada kadar faedah (OCR) 1.75%

Pengulangan dasar yang dovish terutamanya dengan memberi petunjuk kepada pemotongan kadar faedah akan memberi tekanan kuat kepada kiwi (NZD).

Sidang media RBNZ akan berlangsung pada jam 6 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: