Preview News Penting Buat USD: 23/08/2019

Preview News Penting Buat USD: 23/08/2019

Ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada jam 10 malam di simposium tahunan bank-bank pusat Jackson Hole Wyoming menjadi fokus utama pasaran pada hari

Ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada jam 10 malam di simposium tahunan bank-bank pusat Jackson Hole Wyoming menjadi fokus utama pasaran pada hari ini.

Hal ini kerana berdasarkan edisi yang lalu, kenyataan Powell dalam acara tahunan ini menghasilkan pergerakan pasaran yang signfikan.

Antara persoalan utama yang berada di dalam pemikiran para pelabur adalah, apakah Fed akan menurunkan kadar faedah buat kali kedua pada bulan hadapan?

Menerusi keputusan pada bulan Julai yang lalu, Powell mengulangi kenyataannya bahawa ‘rate cut’ yang diumumkan hanyalah sebagai ‘insurance cut’ bukannya permulaan bagi kitaran pemotongan kadar faedah.

Namun begitu, perkembangan ekonomi menunjukkan perkara yang sebaliknya dengan munculnya isyarat kemeseletan melalui lengkungan hasil bon yang terbalik dan kelemahan pada pertumbuhan ekonomi di peringkat global.

Dollar berpotensi ditekan sekiranya Powell menguatkan isyarat pemotongan kadar faedah pada bulan hadapan, atau berpotensi untuk naik jika beliau menafikan pilihan tersebut.

Walau bagaimanapun, Powell dijangka tidak akan memberikan jawapan yang jelas, namun para pelabur tetap akan meneliti setiap perkataan yang dikeluarkan untuk menilai naratif sebenar yang akan ditempuh oleh bank pusat.

Pada waktu yang sama, pasaran akan mengemas kini data jualan rumah baru bagi bulan Julai yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS

Secara purata, ahli ekonomi menjangkakan penurunan -0.2% jualan pada bulan lalu namun jumlah jualan dalam unjuran tahun ke tahun dijangka meningkat daripada 646,000 kepada 686,,000 unit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: