Preview News Penting Buat USD: 27/11/2018

Preview News Penting Buat USD: 27/11/2018

Tanpa data-data penting sepanjang dua sesi dagangan Asia dan Eropah, tajuk-tajuk berkaitan pasaran minyak terus menjadi perhatian menjelang mesyuarat

Tanpa data-data penting sepanjang dua sesi dagangan Asia dan Eropah, tajuk-tajuk berkaitan pasaran minyak terus menjadi perhatian menjelang mesyuarat OPEC dan pertemuan negara G20 bulan Disember.

Reaksi negatif pasaran minyak sejak dua bulan lepas mempunyai kesan yang hampir sama seperti krisis kewangan 2008.

Selain itu pergerakan ini turut dilihat selari dengan apa yang telah berlaku selepas mesyuarat OPEC November 2015 yang lalu apabila mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lebihan bekalan yang telah melimpah di dalam pasaran.

Fokus para pelabur pada hari ini turut tertumpu data keyakinan pengguna CB dan ulasan ahli FOMC.

Bacaan indeks keyakinan pengguna CB (Conference Board) telah mencapai paras tertinggi 18-tahun beberapa bulan yang lalu.

Angka ini menunjukkan kedudukan perbelanjaan pengguna masih tinggi. Bacaan indeks pada bulan November walau bagaimanapun dijangka sedikit menurun kepada 136.2 mata.

Dengan berlatar belakangkan kenyataan dovish pada pertemuan lalu, tiga ahli Fed dijadualkan mengulas di dalam sesi Q&A Clearing House Conference bermula jam 3.30 pagi (Rabu).

Para pelabur akan mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan jangkaan penangguhan bank pusat terhadap pengetatan dasar pada tahun 2019.

Mereka yang hadir adalah Presiden Fed Chicago, Charles Evans, Presiden Fed Kansas Esther George dan Presiden Fed Antlanta Raphael Bostic.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: