Preview News Penting Buat USD: 27/11/2019

Preview News Penting Buat USD: 27/11/2019

Biro Analisis Ekonomi AS pada jam 9.30 malam hari Rabu akan menerbitkan bacaan kedua bagi angka GDP suku tahun ketiga. Berdasarkan bacaan awal, ek

Biro Analisis Ekonomi AS pada jam 9.30 malam hari Rabu akan menerbitkan bacaan kedua bagi angka GDP suku tahun ketiga.

Berdasarkan bacaan awal, ekonomi telah berkembang sekitar 1.9% tahun ke tahun. Perkembangan tersebut tidak mengagumkan, namun tetap lebih tinggi berbanding paras yang dikeluarkan oleh EU dan negara-negara maju yang lain.

Peningkatan melebihi 2% berpotensi menolak naik dollar ke paras yang lebih tinggi sementara bacaan lebih rendah daripada 1.5% akan memberi kesan yang negatif.

Pada waktu yang sama, Jabatan Perdagangan AS akan mengeluarkan data pesanan barangan tahan lama (melebihi 3 tahun) yang mana menjadi pilihan Fed untuk mengukur inflasi.

Pelaburan dilihat semakin mundur dan menekan ekonomi AS. Pada bulan September yang lalu, pesanan barangan tahan lama telah menyusut sekitar -1.1% sementara pesanan teras jatuh -0.4%.

Kedua-dua bacaan di atas dijangka memaparkan pemulihan kecil pada bulan Oktober dengan pesanan utama dijangka naik sekitar 0.2% (MoM) manakala kadar pesanan teras pula berada pada paras -0.5% (MoM).

Data PCE Teras yang menghitung perubahan harga selain kos makanan dan tenaga juga akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam dengan jangkaan meningkat 0.2% (MoM) pada bulan Oktober dan stabil di paras 1.7% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Kemudian pada jam 11 malam, Persatuan Realtors Kebangsaan akan mengemas kini laporan mereka terhadap angka jualan rumah yang masih menantikan kelulusan transaksi (pending home sales) bulan Oktober.

Secara purata, ahli ekonomi menjangkakan jualan bergerak lebih perlahan pada bulan yang lalu dengan peningkatan sekitar 0.2%, lebih rendah berbanding 1.5% yang dicatat pada bulan sebelumnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: