Para pelabur pada hari Khamis akan mengemas kini data pertumbuhan ekonomi AS, perumahan dan juga pasaran pekerjaan. Jabatan Perdagangan akan menge
Para pelabur pada hari Khamis akan mengemas kini data pertumbuhan ekonomi AS, perumahan dan juga pasaran pekerjaan.
Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan bacaan akhir bagi GDP suku tahun keempat (Q4) 2018 pada jam 8.30 malam yang dijangka susut daripada 2.6% kepada 2.4%. Angka ini tertangguh akibat daripada penutupan kerajaan AS yang lalu.
Di waktu yang sama, para pelabur akan mendapatkan angka tuntutan insurans pengangguran pada minggu lalu yang dijangka meningkat sekitar 220,000 permohonan.
Kemudian pada jam 10 malam, Persatuan Realtors Kebangsaan akan menerbitkan laporan Pending Home Sales bagi bulan Februari.
Angka rumah yang masih di bawah kontrak tetapi belum diluluskan dijangka meningkat 0.1% pada bulan lalu.
Beberapa ahli FOMC dijadualkan berucap pada hari ini dan pasaran menjangkakan AS berkemungkinan mengumumkan cut rate seawal bulan September.
Hasil bon 10-tahun AS telah jatuh ke bawah paras penting 2.40% pada hari Rabu kepada paras terendah 14 bulan yang lalu didorong oleh kenyataan Rizab Bank New Zealand (RBNZ) dan ECB yang telah meningkatkan lagi kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global.
Bermula dengan ucapan Timbalan Pengerusi Pengawasan Fed Randal Quarles pada jam 7.15 petang mengenai agenda Financial Stability Board di Frankfurt, Jerman.
Kemudian diikuti Timbalan Pengerusi Fed Richard Clarida pada jam 9.30 malam sebagai salah seorang panel yang akan membincangkan mengenai kejutan global dan ekonomi AS di Paris.
John William, Presiden Fed New York pada jam 1.15 pagi (Jumaat) akan berbincang mengenai ekonomi bersama Presiden Puerto Rico Kenneth Rivera-Robel di Puerta Rico.
Dan yang terakhir adalah Presiden Fed St. Louis James Bullard, terkenal sebagai ahli FOMC yang paling dovish.
Beliau dijadualkan untuk menyampaikan ucapan mengenai ekonomi dan dasar kewangan AS pada jam 5.20 pagi di dalam forum ‘Center for Research on the Wisconsin Economy (CROWE)’s Spring Economic Outlook’ di Madison, Wisconsin.
COMMENTS