Preview News Penting Buat USD & CAD: 20/04/2018

Preview News Penting Buat USD & CAD: 20/04/2018

Pada hari kurangnya data-data penggerak yang utama, kenyataan Presiden Fed San Francisco, John Williams akan mengakhiri ulasan ahli-ahli FOMC yang tel

Pada hari kurangnya data-data penggerak yang utama, kenyataan Presiden Fed San Francisco, John Williams akan mengakhiri ulasan ahli-ahli FOMC yang telah membanjiri jadual ekonomi sepanjang minggu ini.

Secara keseluruhannya, kebanyakkan ahli mengeluarkan pandangan bahawa perlunya kepada perlaksanaan rate hike secara beransur-ansur dan perkembangan tekanan inflasi yang semakin baik.

Pada hari Selasa yang lalu, William mengatakan bahawa pusingan terbalik ‘yield cruve’ menjadi petunjuk yang kuat ke arah kemelesetan (recession).

Beliau melihat pergerakan mendatar lengkungan hasil bon AS adalah sesuatu perkara yang normal berikutan Fed terus menaikkan kadar faedah. Kata beliau, “Oleh itu masih belum ada petanda kepada pergerakan yield curve yang terbalik”.

Walau bagaimanapun, yield curve semasa telah menunjukkan lengkungan yang mendalam berikutan hasil bon 10-tahun AS melonjak naik lebih 2.9%.

Di samping itu, optimis terhadap tekanan inflasi dan ekonomi AS turut menyokong pengukuhan dollar AS.

Pasaran juga akan menumpukan bacaan data inflasi harga pengguna (CPI) bulan Mac dan juga data jualan runcit bulan Februari di Kanada pada hari ini.

Price action USD/CAD akan diteliti untuk dagangan tempoh masa yang pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: