Preview News Penting Buat USD & CAD: 21/11/2018

Preview News Penting Buat USD & CAD: 21/11/2018

Tanpa sebarang data penting sepanjang sesi dagangan Asia dan Eropah pada hari Rabu, fokus pelabur tertumpu kepada data yang akan dikeluarkan di sesi p

Tanpa sebarang data penting sepanjang sesi dagangan Asia dan Eropah pada hari Rabu, fokus pelabur tertumpu kepada data yang akan dikeluarkan di sesi pasaran Amerika.

Bermula jam 9.30 malam, para pelabur akan mendapatkan angka terkini pesanan barangan tahan lama dan pesanan teras bagi bulan Oktober.

Angka tempahan meningkat 0.7% pada bulan Sepetember sementara pesanan teras pula kekal di paras 0.1%.

Data-data yang dikeluarkan akan diserap ke dalam perkiraan GDP dan menjadi indikator rujukan Fed.

Selain itu, angka yang diterbitkan turut memberi isyarat kepada perkembangan semasa pelaburan.

Kadar tempahan dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) dijangka susut -2.2% pada bulan Oktober sementara pesanan teras dijangka naik sebanyak 0.4%

Pada waktu yang sama, pasaran akan mendapatkan bacaan jualan Kanada di peringkat kilang. Jualan borong akan menjadi panduan kepada peringkat runcit.

Angka jualan jatuh -0.1% pada bulan Ogos selepas melonjak 1.1% pada bulan Julai. Kadar jualan dijangka kembali pulih pada bulan September dengan peningkatan sekitar 0.1%

Pada jam 11 malam, para pelabur akan mengemas kini angka jualan rumah secondhand (Existing Home Sales) AS bagi bulan Oktober.

Kadar jualan dijangka meningkat 1.0% dengan jumlah sekitar 5.20 juta unit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: