Preview News Penting EUR, GBP & USD: 11/12/2018

Preview News Penting EUR, GBP & USD: 11/12/2018

Laporan pekerjaan UK akan bagi bulan Oktober akan dikemas kini pada jam 5.30 petang. Angka pendapatan merupakan data terpenting dalam membentuk pen

Laporan pekerjaan UK akan bagi bulan Oktober akan dikemas kini pada jam 5.30 petang.

Angka pendapatan merupakan data terpenting dalam membentuk pendirian para pelabur sterling dan BoE.

Kadar purata pendapatan telah meningkat lebih cepat pada bulan September ke paras 3.0%, namun kadar pengangguran telah mengecewakan pelabur apabila meningkat 4.1% pada bulan tersebut.

Kesemua angka diatas dijangka kekal pada bulan Oktober dan tuntuan insuran pengangguran pada bulan November dijangka lebih rendah berbanding bacaan pada bulan Oktober, susut daripada 20,200 kepada 13,200.

Kemudian pada jam 6 petang, para pelabur akan mendapatkan angka kajian sentimen ekonomi ZEW Jerman ke atas 350 pelabur industri.

Pelabur pesimis dengan ekonomi Jerman sejak bulan April lalu dan bacaan negatif indeks terus berkembang sehingga bulan Disember dengan jangkaan indeks jatuh ke paras -25.00 mata.

Di Amerika, inflasi jualan borong (PPI) bagi bulan November yang akan diterbitkan pada jam 9.30 malam merupakan data inflasi pertama yang dikeluarkan pada bulan ini.

Ahli ekonomi meramalkan PPI mendatar pada paras 0.0% sementara PPI Teras yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga pula dijangka memaparkan peningkatan kecil 0.1%.

Data ini juga akan dimasukkan dalam perbahasan FOMC pada pertemuan minggu hadapan apakah mereka dapat kembali meneruskan rate hike seperti yang dirancang atau sebaliknya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: