Bacaan akhir GDP suku tahun ketiga Jerman yang akan diterbitkan pada jam 3 petang akan mengesahkan bahawa pengucupan berlaku pada Q3 pada kadar -0.2%
Bacaan akhir GDP suku tahun ketiga Jerman yang akan diterbitkan pada jam 3 petang akan mengesahkan bahawa pengucupan berlaku pada Q3 pada kadar -0.2%
Walaupun kebiasaanya bacaan akan selari dengan laporan yang lalu, namun sebarang perubahan pada angka tersebut akan memberi impak kepada pasaran kewangan.
Pada hari ini juga akan dikeluarkan bacaan awal PMI bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan negara-negara Eropah.
Bermula di Perancis (4.15 petang), Jerman (4.30 petang) dan Zon Eropah (5 petang).
Tinjauan Markit menjangkakan sektor pembuatan Perancis dan Jerman berkembang pada bulan November sementara aktiviti sektor perkhidmatan mereka pula diramalkan bergerak lebih perlahan.
Di Kanada, para pelabur akan mengemas kini data jualan runcit bagi bulan September dan bacaan indeks CPI bagi bulan Oktober.
Pasaran AS hanya dibuka separuh hari pada hari ini sempena sambutan Thanksgiving dan kecairan yang kecil akan menyebabkan laporan Kanada diatas berpotensi memberi impak yang lebih besar.
Bacaan CPI menyusut -0.4% pada bulan September lalu sementara CPI Teras mendatar tanpa perubahan di paras 0.0% dan data bagi bulan Oktober akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam.
Perbelanjaan pengguna Kanada mengucup pada bulan Ogos yang lalu dengan kadar jualan runcit jatuh -0.1% sementara jualan runcit Teras susut -0.4%.
Perbelanjaan merupakan salah satu pemandu utama kepada ekonomi oleh itu data jualan bagi bulan September yang akan dikeluarkan bersama laporan indeks CPI dijangka akan memberi impak yang signifikan kepada pergerakan loonie.
Sebelum pasaran AS tutup sepenuhnya, para pelabur akan mendapatkan bacaan awal PMI bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan dimana kedua-dua sektor ini dijangka berkembang pesat pada bulan November.
COMMENTS