GDP China Pada jam 3 petang, China akan mengeluarkan laporan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui GDP dengan jangkaan meningkat 6.7% dalam unjur
GDP China
Pada jam 3 petang, China akan mengeluarkan laporan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui GDP dengan jangkaan meningkat 6.7% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) pada suku tahun keempat, sedikit rendah berbanding bacaan 6.8% pada bulan yang lalu.
Kadar pertumbuhan yang semkain perlahan didorong oleh jumlah pelaburan yang rendah ke dalam ekonomi berikutan peningkatan hasil eksport yang disokong oleh pertumbuhan ekonomi global.
Ahli ekonomi turut melihat peningkatan dalam pengeluaran industri China di bulan Disember ke paras 7.1% (YoY)
Pertumbuhaan ekonomi China berkait rapat dengan permintaan komoditi seperti emas berikutan negara tanah beasar ini merupakan pengguna terbesar komoditi di dunia.
Data Perumahan, Pembuatan dan Pekerjaan AS
Permit aktiviti pembinaan rumah oleh Jabatan Perdagangan pada bulan Disember dijangka jatuh 1% dalam kadar tahunan mengikut musim kepada 1.29 juta unit, manakala ‘housing start’ atau projek perumahan yang baru siap dijangka susut kepada 1.275 juta unit.
Pada hari ini juga, Jabatan Buruh akan mengeluarkan data mingguan bilangan mereka yang menuntut insurans pengangguran dalam minggu yang berakhir pada 13 Jan. Ahli ekonomi melihat tututan akan jatuh 11,000 ribu kepada 261,000.
Dalam laporan yang lain, indeks pembuatan Philly Fed bagi bulan Januari di lihat akan bergerak lebih perlahan dengan bacaan sebanyak 25 mata, lebih rendah berbanding 27.9 mata pada bulan sebelumnya.
Menjelang kesemua laporan di atas, indeks dollar naik 0.10% berbanding enam matawang lain kepada 90.32
COMMENTS