Preview News Penting Untuk AUD & GBP: 21/11/2017

Preview News Penting Untuk AUD & GBP: 21/11/2017

Minit Mesyuarat Polisi Kewangan RBA Rizab Bank Australia (RBA) akan mengeluarkan minit mesyuarat polisi kewangan di awal sesi dagangan Asia, ma

Minit Mesyuarat Polisi Kewangan RBA

Rizab Bank Australia (RBA) akan mengeluarkan minit mesyuarat polisi kewangan di awal sesi dagangan Asia, manakala Gabenor Lowe pula dijadualkan berucap pada jam 5.05 petang di hari yang sama.

Walau bagaimanapun, pasaran menjangkakan skrip yang sama akan diulang, oleh itu tiada reaksi yang besar dalam perubahan harga.

Dana Monetari Antarabangsa (IMF) yakin bahawa RBA akan terus mengekalkan kadar ini untuk beberapa tahun lagi berikutan proses normalisasi perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan tidak tergesa-gesa. (Baca di sini untuk butiran lanjut)

Momentum Aussie masih bearish dengan AUD/USD didagang pada paras 0.7548, kekal berhampiran harga terendah bulanan dengan penyusutan empat bulan berturut-turut.

Inflation Hearing UK

UK akan mengeluarkan laporan perbincangan berkenaan inflasi (Inflation Hearing) di parlimen bermula jam 6 petang. Gabenor BOE dan sebahagian ahli jawatankuasa monetari (MPC) akan memberi keterangan tentang inflasi dan pandangan ekonomi di hadapan Jawatankuasa Parlimen Kewangan.

Laporan ini penting untuk dikaji berikutan sentimen pound masih tertekan dengan isu rundingan Brexit yang masih belum dapat diselesaikan selagi mereka tidak memenuhi tuntutan EU berkenaan nilai pembayaran semula divorce bill sebelum UK meninggalkan EU sepenuhnya.

Hal ini sedikit sebanyak akan menganggu pertumbuhan ekonomi UK sekiranya EU mengambil keputusan untuk menutup semua peluang dagangan bersama UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: