Preview News Penting Untuk EUR/USD: 15/12/2017

Preview News Penting Untuk EUR/USD: 15/12/2017

Laporan Perdagangan EU Zon Eropah hari ini akan mengeluarkan laporan imbangan perdagangan bagi bulan Oktober dengan jangkaan lebihan kekal di paras

Laporan Perdagangan EU

Zon Eropah hari ini akan mengeluarkan laporan imbangan perdagangan bagi bulan Oktober dengan jangkaan lebihan kekal di paras €24.6 billion

Data ini dikeluarkan selepas kenyataan dovish oleh bank pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis lalu apabila mereka mengekalkan kadar faedah disamping mengulangi pendirian mereka untuk teruskan ransangan melalui program pembelian aset atau bon sehingga September depan.

EUR/USD kini didagang pada harga 1.1769

Pengeluaran Industri Fokus AS

Bacaan pengeluaran industri AS mengakhiri minggu data ekonomi yang sibuk buat AS termasuk dengan rate hike Federal Reserve pada awal pagi Khamis. Berdasarkan laporan semalam, dengan pengukuhan jualan runcit menunjukkan prestasi ekonomi AS masih kekal teguh dilandasan untuk suku tahun keempat.

Ahli ekonomi menjangkakan pengeluaran industri meningkat 0.3% pada bulan November, lebih rendah berbanding pertumbuhan 0.9% pada bulan Sebelumnya.

Menjelang data tersebut, dolar masih dalam usaha mengumpul kekuatan dengan indeks USD berada di sekitar paras breakeven 93.64

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: