Preview News Penting Untuk EUR/USD: 5/12/2017

Preview News Penting Untuk EUR/USD: 5/12/2017

Adakah data ekonomi utama dapat meneruskan peningkatan USD? Menjelang pengumuman kadar faedah Fed minggu hadapan, para pelabur akan meneliti ba

Adakah data ekonomi utama dapat meneruskan peningkatan USD?

Menjelang pengumuman kadar faedah Fed minggu hadapan, para pelabur akan meneliti bacaan-bacaan setiap sektor ekonomi terutamanya perkhidmatan.

Bacaan indeks PMI pertumbuhan sektor perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
The Institute of Supply Management (ISM) bakal menjadi penentu pergerakan dolar seterusnya.

Pengananlisis menjangkakan sedikit penurun pada bacaan pertumbuhan sektor perkhidmatan bulan November sekitar 59.0 berbanding 60.1 pada bulan sebelumnya.

Sektor perkhidmatan merupakan komponen yang kritikal dalam ekonomi AS dengan memegang hampir 80% GDP sektor swasta.

Dolar naik mendadak berbanding matawang utama lain pada hari Isnin berikutan dewan senat telah meluluskan tax bill yang bertujuan mengubah sistem pencukaian di US bagi meransangkan pertumbuhan ekonomi.

Sektor Perkhidmatan Tumpuan EU

Data PMI sektor perkhidmatan EU akan diteliti bagi mencari petunjuk kepada kekuatan semasa ekonomi Zon Eropah selepas ketidaktentuan politik yang telah menimpa negara penyumbang utama ekonomi EU, Jerman.

Sektor perkhidmatan bulan November dilihat terus berkembang pada kadar yang sama 56.2 manakala ahli ekonomi menjangkakan jualan runcit EU pada bulan Oktober menyusut -0.7% bebrbanding peningkatan 0.7% pada bulan sebelumnya.

EUR/USD jatuh 0.37% kepada $1.1852 menjelang laporan hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: