Data Zon Eropah Akan Memberi Tekanan Kepada Matawang Euro? Euro menjadi salah satu matawang tumpuan pada hari Selasa menjelang laporan sektor p
Data Zon Eropah Akan Memberi Tekanan Kepada Matawang Euro?
Euro menjadi salah satu matawang tumpuan pada hari Selasa menjelang laporan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang menjadi pengukur kepada keadaan semasa ekonomi Zon Eropah.
Bacaan Indeks PMI Pembuatan (Manufacturing PMI) seluruh Eropah bagi bulan Oktober dijangka berada di paras 57.8, sedikit rendah berbanding bacaan bulan September 58.1. Sektor pembuatan telah meningkat pada kadar terpantas sejak enam tahun lalu pada bulan September.
Penganalisis turut menjangkakan aktiviti perkhidmatan melalui bacaan Indeks Perkhidmatan PMI daripada 19 blok negara Eropah kekal stabil sekitar 55.6
Indeks yang berada di bawah 50.0 menunjukkan pengecutan, manakala paras melebihi 50.0 menandakan perkembangan.
Kedua-dua laporan ini dikeluarkan beberapa hari sebelum mesyuarat penetapan dasar ECB dengan jangkaan bank pusat akan mula mengumumkan butiran mengenai pelan pengurangan program ransangan mereka menerusi pembelian bon.
EUR/USD didagangkan di paras 1.1753 pada jam 7.30 pagi
Data Makro US
Para pelabur akan meneliti laporan Indeks PMI US pada hari ini bagi mencari petunjuk lanjut tentang ekonomi semasa Amerika menjelang laporan GDP US pada hari Jumaat.
Bacaan awal aktiviti perkhidmatan US pada bulan Oktober dijangka menunjukkan pertumbuhan yang stabil. Ahli ekonomi menjangkakan bacaan meningkat kepada 53.5 bagi bulan ini, naik lebih tinggi berbanding bacaan 53.1 pada bulan September lalu.
Laporan Indeks PMI Pembuatan juga dijangka akan terus menunjukkan perubahan positif selepas jatuh mendadak pada bulan Ogos akibat taufan Harvey.
Menjelang data GDP pada hari Jumaat, US Dolar kekal mengukuh berbanding matawang lain, didorong oleh harapan reformasi cukai bakal diluluskan dan jangkaan Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah pada akhir tahun ini semakin meningkat.
COMMENTS