Preview News Penting Untuk EUR/USD: 26/10/2017

Preview News Penting Untuk EUR/USD: 26/10/2017

Tumpuan Kepada Kenyataan Presiden ECB Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini akan mengeluarkan keputuan penetapan dasar monetari mereka dengan jangka

Tumpuan Kepada Kenyataan Presiden ECB

Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini akan mengeluarkan keputuan penetapan dasar monetari mereka dengan jangkaan kadar faedah kekal di paras yang sama 0.00%. Fokus pelabur adalah kepada program pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) ECB dengan jangkaan mereka akan mula mengurangkan pelonggaran dasar monetari tahun ini.

Presiden ECB, Mario Draghi dijadualkan berucap 45 minit atau pada jam 8.30 pm selepas keputusan kadar faedah dikeluarkan.

Draghi sebelum ini cuba untuk membendung jangkaan bahawa ECB akan mula mengetatkan polisi mereka berikutan kebimbangan ahli-ahli bank pusat yang lain terhadap lonjakan matawang Euro akan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi Zon Eropah.

Jika kenyataan Draghi bernada dovish, Euro akan jatuh membuat pembetulan harga lebih jauh begitu juga sebaliknya sekiranya nada yang dikeluarkan adalah hawkish. EUR/USD semalam tutup di paras 1.1814, naik 0.45 peratus.

Data Sokongan Untuk Sektor Perumahan US

Berdasarkan laporan semalam, jualan rumah baru US meningkat ke paras tertinggi 10-tahun lalu. Hari ini tumpuan beralih kepada Pending Home Sales dengan jangkaan akan meningkat sebanyak 0.2 peratus pada bulan September selepas jatuh -2.6% pada bulan Ogos.

Pending Home Sales adalah kontrak pembelian rumah yang masih tertangguh menunggu pengesahan daripada pihak bank atau peminjam.

Jabatan Buruh pula akan mengeluarkan bacaan mingguan tentang tuntuan insuran pengangguran yang dijanka meningkat sebanyak 13,000 kepada 235,000 secara keseluruhan. Jika bacaan rasmi lebih tinggi akan menekan USD jatuh lebih rendah.

Indeks USD secara keseluruhan jatuh pada sesi yang lalu ke paras 93.53, susut 0.32% kerana pengukuhan matawang lain seperti Euro, Pound dan Yen.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: