Preview News Penting Untuk GBP & USD: 22/11/2017

Preview News Penting Untuk GBP & USD: 22/11/2017

Bajet Musim Luruh UK Canselor Philip Hammond akan membentangkan bajet musim luruh UK pada hari ini dengan jangkaan akan mengeluarkan nada yang

Bajet Musim Luruh UK

Canselor Philip Hammond akan membentangkan bajet musim luruh UK pada hari ini dengan jangkaan akan mengeluarkan nada yang dovish terhadap unjuran ekonomi UK berikutan bajet defisit yang terus meningkat.

Berdasarkan laporan Jabatan Statistik Negara, pinjaman sektor awam tahun ke tahun pada bulan lepas (Oktober) tidak termasuk bank-bank nasional, meningkat £500 juta kepada £8 billion .

Peningkatan defisit berlaku disebabkan oleh ahli parlimen konservatif terus menekan Hammond untuk meningkatkan perbelanjaan kerana tidak berpuas hati dengan langkah penjimatan yang dilakukan.

GBP/USD tidak menunjukkan perubahan yang besar walaupun bergerak volatile sepanjang sesi pasaran yang lalu. Harga tutup di paras $1.3239, naik 0.03%

Adakah bekalan minyak US akan menunjukkan peningkatan pada minggu ketiga?

Data bekalan minyak terkini daripada Energy Information Administration (EIA) bakal di keluarkan malam ini selepas bacaan menyusut pada minggu lalu walaupun pengeluaran meningkat untuk dua minggu berturut-turut.

Penganalisis menjangkakan bekalan menyusut 1.5 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 18 November.

Harga minyak WTI berada di paras $57.01, naik 67 sen pada sesi yang lepas.

Minit Mesyuarat FOMC Fokus Hari Ini

Federal Reserve akan mengeluarkan laporan minit mesyuarat FOMC (31 Oktober) lalu pada jam 3.00 pagi (Khamis).

Dalam laporan kali ini, pasaran tidak menjangkakan sebarang petunjuk baru berkenaan pandangan dasar kewangan di masa hadapan berikutan Pengerusi Fed Janet Yellen bakal melepaskan jawatannya dan diganti oleh Jerome Powell bermula Februari 2018.

Selain itu minit ini juga dijangka tidak akan mengubah jangkaan rate hike pada Disember hadapan yang mana price in telah di lakukan sejak pertengahan bulan September.

Walau bagaimanapun, data ekonomi makro US masih akan diteliti pada hari ini dengan minit Fed menjadi laporan terakhir sebelum bank tutup sepenuhnya sempena sambutan Thanksgiving pada hari Khamis.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: