Preview News Penting Untuk GBP/USD: 1/11/2017

Preview News Penting Untuk GBP/USD: 1/11/2017

Data Pembuatan UK Fokus Hari Ini (5.30 pm, Rabu) Menjelang penetapan kadar faedah (interest rate) Bank Pusat England (BOE) minggu ini, para pel

Data Pembuatan UK Fokus Hari Ini (5.30 pm, Rabu)

Menjelang penetapan kadar faedah (interest rate) Bank Pusat England (BOE) minggu ini, para pelabur akan meneliti data pembuatan UK yang akan dikeluarkan hari ini bagi mencari petunjuk kepada pertumbuhan ekonomi UK melalui sektor pembuatan selepas bacaan jatuh pada bulan September.

Penganalisis menjangkakan bacaan indeks aktiviti pembuatan UK berada di paras 55.8, sedikit rendah berbanding bacaan bulan September 55.9.

Sterling mengukuh berbanding dolar dalam beberapa sesi dagangan yang lalu, didorong oleh jangkaan BOE akan menaikkan kadar faedah mereka untuk pertama kali sejak 10 tahun lalu pada hari Khamis.

GBP/USD naik 1.20% atau 160 pip kepada $1.3281 sejak 2 hari yang lalu.

Hari Penetapan Kadar Faedah US (2.00 am, Khamis)

Pasaran menjangkakan pembuat dasar akan mengumumkan pengekalan kadar faedah di paras 1.25% selepas mesyuarat dua hari FOMC yang akan berakhir pada jam 2 pagi (Khamis) nanti.

Para pelabur akan memberi lebih perhatian kepada kenyataan dasar yang bakal dikeluarkan oleh bank pusat bagi melihat pandangan mereka terhadap kadar pertumbuhan ekonomi dan juga inflasi yang mana masih berada di bawah sasaran 2 peratus Fed.

Menjelang keputusan FOMC,  USD melemah berbanding matawang utama yang lain walaupun bacaan indeks keyakinan pengguna dan PMI Chicago yang dikeluarkan semalam meningkat melebihi jangkaan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kekal di paras 94.45 pada sesi yang lalu, susut -0.39% sehingga hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: