Adakah sentimen pound akan pulih? GBP/USD adalah antara pasangan matawang yang akan diteliti menjelang laporan inflasi UK dan ucapan
Adakah sentimen pound akan pulih?
GBP/USD adalah antara pasangan matawang yang akan diteliti menjelang laporan inflasi UK dan ucapan gabenor BOE, Mark Carney.
Bacaan indeks harga pengguna (CPI) pada bulan Oktober dijangka meningkat lebih tinggi kepada 3.1% dan inflasi terus kekal di atas sasaran 2% BOE yang menyebabkan bank pusat menaikkan kadar faedah pada 2 November lalu.
Selepas laporan tersebut, pasaran akan meneliti kenyataan Mark Carney yang dijadualkan berucap di persidangan bank pusat anjuran ECB, Frankfurt. Antara fokus utama adalah mencari petunjuk berkenaan dasar monetari seterusnya.
Data utama Zon Eropah
Selepas hampir satu bulan ECB mengekalkan kadar faedah mereka dan mengecilkan pembelian bon kepada €30 billion, para pelabur akan memerhatikan laporan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah (GDP) bagi suku tahun ketiga yang dikeluarkan pada hari ini.
Pertumbuhan dijangka stabil di paras 2.5%, sama seperti GDP suku tahun kedua.
Ucapan Presiden ECB, Mario Draghi dalam persidangan di Frankfrut menjadi perhatian para pelabur pada hari ini.
Laporan Utama Amerika
Laporan inflasi borong bagi bulan Oktober yang diukur melalu indeks harga pengeluar (PPI) dan ucapan daripada pegawai-pegawai Fed fokus pasaran New York hari ini.
Inflasi pada bulan Oktober dijangka naik lebih perlahan di paras 0.1% berbanding bacaan 0.4% pada bulan September.
Komen daripada ahli Fed seperti Bullard dan Bostic pada malam ini akan diteliti bagi mendapatkan pandangan baru mereka terhadap pengetatan polisi Fed. Ucapan oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen yang terlibat dalam persidangan di Frankfurt juga menjadi perhatian.
Dolar meningkat berbanding matawang lain pada hari Isnin, namun kebimbangan tentang perkembangan reformasi cukai terus memberi tekanan pada sentimen.
COMMENTS