Preview News Penting Untuk Matawang USD: 27/10/27

Preview News Penting Untuk Matawang USD: 27/10/27

Ekonomi US Suku Tahun Ke-3 Dijangka Bergerak Sedikit Perlahan  Bacaan pertumbuhan ekonomi US yang diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasa

Ekonomi US Suku Tahun Ke-3 Dijangka Bergerak Sedikit Perlahan 

Bacaan pertumbuhan ekonomi US yang diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk suku tahun ketiga akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini. Penganalisis menjangkakan ekonomi US berkembang kepada 2.5%, namun sedikit rendah berbanding bacaan GDP 3.1% pada suku tahun kedua.

Faktor utama yang menghalang pertumbuhan pada suku tahun ketiga (Jun-September) adalah taufan Irma dan Harvey yang membadai kawasan industri penting US sejak 2 bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, penganalisis tidak melihat impak taufan akan memberi kesan yang ketara kepada output ekonomi bagi suku tahun ketiga.

Ahli ekonomi daripada Bank Amerika (BAC) menyatakan, “Taufan baru-baru ini tetap akan memberi cabaran, walaupun data yang kami terima menunjukkan ekonomi masih dapat diuruskan dengan baik. Peningkatan dalam bekalan akan menampung bahagian yang masih perlahan”.

Jangkaan pasaran ketika ini adalah melihat kejatuhan pada bacaan GDP. Namun sekiranya angka yang dikeluarkan lebih baik, akan menambahkan pengukuhan USD. Jika sebaliknya akan memberi kesan negetif pada sentimen jangka masa pendek.

Menjelang laporan GDP US malam ini, USD melonjak berbanding matawang lain menghampiri paras tertinggi 3 bulan lalu, didorong oleh kejatuhan mendadak matawang Euro selepas komen dovish yang dikeluarkan oleh Presiden ECB, Mario Draghi dalam sidang media selepas penetapan kadar faedah semalam.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain, dengan Euro memegang hampir 60% kekuatan daripada indeks naik 1.04% kepada 94.55.

 

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: