Preview News Penting Untuk USD/CAD: 17/11/2017

Preview News Penting Untuk USD/CAD: 17/11/2017

Sektor Perumahan AS AS pada hari ini akan mengeluarkan laporan permit perumahan bagi bulan Oktober yang dijangka meningkat sebanyak 1.247 juta

Sektor Perumahan AS

AS pada hari ini akan mengeluarkan laporan permit perumahan bagi bulan Oktober yang dijangka meningkat sebanyak 1.247 juta berbanding 1.225 juta pada bulan September.

Permit ini mengukur jumlah bangunan yang baru yang naik di bawah penyeliaan kerajaan dan menjadi indikator kepada pemintaan dan perbelanjaan pengguna dalam ekonomi melalui sektor perumahan.

Bacaan Inflasi Kanada

Kanada akan mengeluarkan data inflasi yang diukur melalui indek harga pengguna (CPI) dengan jangkaan menunjukkan kadar yang lebih tinggi pada bulan Oktober.

Angka ini sekali gus memberi sokongan kepada Bank Pusat Kanada untuk mempertimbangkan pengetatan dasar mereka di masa hadapan selepas Ketua Naib Gabenor, Carolyn Wilkins berkata bank pusat dalam keadaan berjaga-jaga berikutan mereka sedang mempertimbangkan rate hike seterusnya.

Bacaan CPI dijangka meningkat ke paras 0.3% berbanding 0.2% yang dilihat pada bulan September. USD/CAD volatile dalam julat yang tinggi sejak tiga hari lalu berikutan sentimen pasaran minyak yang tidak menentu pada minggu ini.

Aktiviti Penggalian Baker Hughes

Jumlah aktiviti mingguan penggalian Baker Hughes akan dikeluarkan pada hari ini selepas data minggu lalu menunjukkan operasi penggalian meningkat 9 unit kepada 738, paling tinggi sejak sebulan yang lalu.

Angka pelantar ini menjadi proksi penting kepada permintaan dan pengeluar minyak di US.

Harga minyak WTI susut 19 sen kepada $55.14 pada hari Khamis berikutan para pelabur bimbang dengan potensi bekalan minyak dunia akan bertambah selepas Turki dan Iray akan berbincang untuk meneruskan semula eksport menerusi terusan paip Kirkuk-Ceyhan.

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: