Data Makro US Para pelabur akan meneliti bacaan ADP NFP yang akan dikeluarkan hari ini. Kebiasaannya angka ini bertindak sebagai pendahulu kepa
Data Makro US
Para pelabur akan meneliti bacaan ADP NFP yang akan dikeluarkan hari ini. Kebiasaannya angka ini bertindak sebagai pendahulu kepada data rasmi NFP hari Jumaat.
Penganalisis menjangkakan jumlah pekerjaan yang dihasilkan oleh sektor swasta pada bulan November sedikit menyusut kepada 185K berbanding 235K pada bulan sebelumnya.
Menjelang laporan di atas, dolar telah naik 0.24% berbanding matawang utama lain dengan indeks USD berada di paras 93.27
Bekalan minyak mentah US (WTI)
Bacaan bekalan minyak mentah oleh Energy Information Administration (EIA) hari ini dijangka menunjukkan penyusutan untuk dua minggu berturut-turut.
Ahli ekonomi melihat kejatuhan bekalan sebanyak 3.2 juta tong dalam minggu yang berakhir pada 2 Disember lalu.
Harga minyak mentah jatuh hampir $1.00 sejak dua hari lalu. Kebimbangan pasaran terhadap impak peningkatan pengeluaran minyak mentah US kepada bekalan minyak dunia telah menekan sentimen pasaran.
Selain itu, situasi ini berlawanan dengan kehendak OPEC yang ingin mencapai 100% pematuhan syarat had pengeluaran minyak bagi mengurangkan lebihan bekalan serta meningkatkan harga pasaran.
Minyak WTI kini didagang di paras $57.48
Hari penetapan kadar faedah Kanada
Selepas dua kali rate hike dilakukan tahun ini, keputusan kadar faedah Bank Pusat Kanada (BOC) hari ini sekali lagi menjadi perhatian dengan jangkaan akan kekal di paras 1%.
Walau bagaimanapun, kenyataan BOC akan diperhatikan bagi mencari petunjuk tentang rate hike seterusnya melalui pandangan bank pusat terhadap ekonomi dan dasar monetari yang ditetapkan.
USD/CAD berada di paras $1.2689, naik semula dan stabil di sekitar pembukaan harga pasaran minggu ini.
COMMENTS