Preview News Penting Untuk USD/CAD: 25/10/2017

Preview News Penting Untuk USD/CAD: 25/10/2017

Data Perumahan & Tempahan Barang Tahan Lama  Fokus Utama US Jabatan Perdagangan US hari ini akan melaporkan data jualan perumahan baru bagi

Data Perumahan & Tempahan Barang Tahan Lama  Fokus Utama US

Jabatan Perdagangan US hari ini akan melaporkan data jualan perumahan baru bagi bulan September. Unit rumah dijangka menyusut sebanyak 0.9% kepada 555,000 unit berbanding 560,000 unit pada bulan Ogos.

Dalam laporan lain, tempahan barangan tahan lama (core durable goods) diramal akan stabil pada paras 0.5%, didorong oleh sentimen perniagaan yang meningkat.

Indeks USD (DYX) yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang semalam tutup di paras 93.83, naik 0.12 peratus.

USD pada awal sesi lalu menjunam apabila pembaharuan cukai Trump menghadapi kesukaran untuk diluluskan apabila terdapat tiga ahli Republik tidak menyokong perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, matawang ini kembali kukuh apabila terdapat spekulasi bahawa John Taylor yang terkenal berpendirian hawkish akan menggantikan Janet Yellen sebagai pengerusi Fed pada tahun depan.

Penetapan Kadar Faedah Kanada

Selepas lebih sebulan Bank Pusat Kanada (BOC) mengejutkan para pelabur dengan rate hike, penetapan kadar faedah BOC hari ini menjadi tumpuan utama dengan ramai menjangkakan ianya tidak akan berubah pada paras 1%

Para pelabur akan menghadam kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh bank pusat bagi melihat pandangan mereka terhadap ekonomi dan dasar monetari. Gabenor BOC, Stephen Poloz juga dijadualkan berucap satu jam selepas keputusan dibuat.

Antara kenyataan penting Poloz sebelum ini adalah “tiada pra penentuan untuk hala tuju kadar faedah dari sini” yang bermaksud monetari seperti biasa akan bergantung pada data-data ekonomi, jadi kejutan pasti berlaku kerana kadar boleh bergerak kemana-mana arah.

Pada sesi New York lalu, USD/CAD tutup dengan harga  1.2671, naik 0.15 peratus.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: