Preview News Penting Untuk Yen & Euro: 20/11/2017

Preview News Penting Untuk Yen & Euro: 20/11/2017

Adakah Jepun Dapat Mengekalkan Peningkatan Eksport 11 Bulan Berturut-turut? Biro Statistik Jepun akan mengeluarkan laporan perdagangan pada jam

Adakah Jepun Dapat Mengekalkan Peningkatan Eksport 11 Bulan Berturut-turut?

Biro Statistik Jepun akan mengeluarkan laporan perdagangan pada jam 7.50 pagi.

Hasil eksport dijangka meningkat ke paras 15.8%, angka yang sama seperti tahun lepas. Selain itu, bacaan ini turut akan merekodkan peningkatan selama 11 bulan berturut-turut, menunjukkan pemulihan yang berterusan kepada pemilik ekonomi ketiga terbesar dunia.

Antara faktor yang mendorong lonjakan hasil eksport adalah permintaan yang tinggi terhadap kenderaan dan alat pembuatan barangan elektronik.

Import juga dijangka meningkat 20.2% pada bulan Oktober, kadar pertumbuhan paling cepat sejak Januari 2014 berikutan kenaikkan harga minyak yang diimport.

Imbangan perdagangan (trade balance) bulan Oktober dijangka melaporkan lebihan sebanyak ¥330.0 billion, lebih kecil berbanding bacaan kaji semula menurun kepada ¥668.0 billion pada bulan September.

Bank Pusat Jepun (BOJ) pada bulan lepas telah melanjutkan tempoh untuk mencapai sasaran inflasi 2 peratus, menjadi petunjuk bahawa bank pusat lain terpaksa menangguhkan keputusan untuk mengetatkan polisi mereka.

Fokus Ucapan Presiden ECB

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi dijadualkan berucap dan dijangka akan memberikan pandangan beliau berkenaan ekonomi dan dasar kewangan (montary policy) di hadapan Parlimen Ekonomi Eropah dan ahli jawatankuasa monetari.

Pada bulan yang lalu, ECB berkata mereka akan mula mengecilkan jumlah pembelian bon kepada €30 billion bermula Januari depan, namun program pembelian ini tetap akan diteruskan sehingga akhir September.

EUR/USD pada minggu lalu tutup pada harga 1.1795, naik 1.11%

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: