Preview NFP: “Big jobs number” Trump, Khayalan Atau Kenyataan?

Preview NFP: “Big jobs number” Trump, Khayalan Atau Kenyataan?

Kenyataan "Big jobs number on Friday" oleh Presiden Trump kepada Fox News telah meningkatkan tumpuan para pelabur kepada laporan NFP yang akan diterb

Kenyataan “Big jobs number on Friday” oleh Presiden Trump kepada Fox News telah meningkatkan tumpuan para pelabur kepada laporan NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.

Walau bagaimanapun, kemerosotan dolar AS dan emas yang terus bersinar mengisyaratkan kepada data NFP yang lemah.

Tambahan pula, komponen pekerjaan di dalam data PMI ISM juga menunjukkan pengambilan pekerja yang lemah dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan Amerika walaupun bacaan indeks meningkat melebihi jangkaan.

Angka tersebut juga selari dengan data pekerjaan sektor swasta yang dikeluarkan oleh ADP semalam yang hanya menunjukkan penambahan 167,000 pekerjaan pada bulan Julai, jauh meleset berbanding jangkaan 1.5 juta pekerjaan.

Ketika pra-wabak yang lalu, angka peningkatan tersebut masih dianggap sebagai purata, namun kini ianya hanya mengisyaratkan gangguan kepada pemulihan.

Dolar AS dijangka meneruskan kejatuhan jika kebanyakkan penganalisis mengubah jangkaan data NFP kepada negatif dan juga setelah angka rasmi diterbitkan.

Dari prespektif teknikal, EUR/USD yang sedang bergerak menghampiri 1.19 berpotensi melakukan breakout, GBP/USD pula akan mara ke paras 1.32 manakala emas yang berjaya memecahkan harga $2,000 semalam akan meneruskan pendakian.

Walaupun NFP masih berpotensi menunjukkan bacaan yang positif sebagaimana data ADP, akan tetapi kemungkinan untuk melihat “big numbers” Trump tetap menurun.

Jika pasaran buruh Amerika benar-benar merosot setelah mencatat pemulihan selama dua bulan, keadaan ini hanya akan memperburuk lagi penurunan dolar dan berpotensi mendorong pasaran emas menguji harga yang lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: