Sentimen pasaran memainkan peranan yang penting untuk menilai reaksi pelabur menjelang laporan NFP pada hari ini. Peningkatan greenback dan lonjak
Sentimen pasaran memainkan peranan yang penting untuk menilai reaksi pelabur menjelang laporan NFP pada hari ini.
Peningkatan greenback dan lonjakan saham Wall Street menunjukkan kecenderungan para pelabur kepada dolar AS sehingga USD/JPY berjaya mencapai harga kritikal sekitar paras 110.
Saham Dow Jones pula terus merekodkan paras tertinggi yang baru selepas mencatat peningkatan empat hari berturut-turut.
Ditambah dengan pegumuman China untuk menurunkan tarif barangan AS yang bernilai $75 billion, kesempatan tersebut telah mengalihkan perhatian para pelabur untuk segera memegang aset-aset Amerika Syarikat.
Data-data yang baik dan dasar kewangan Fed yang stabil turut mendorong pasaran untuk mengenepikan kebimbangan isu coronavirus.
ADP melaporkan penambahan dua kali ganda pekerjaan ke dalam sektor swasta walaupun butiran PMI ISM menunjukkan pengambilan pekerjaan sektor perkhidmatan yang lebih perlahan pada bulan Januari.
Laporan NFP pada malam ini dijangka menunjukkan penambahan 165,000 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Disember, meningkat daripada 145,000 orang pada bulan sebelumnya.
Dan data-data yang terkini secara keseluruhannya mengisyaratkan laporan pekerjaan yang positif dengan pertumbuhan NFP dijangka akan menepati ramalan tanpa perubahan yang signifikan.
COMMENTS